Tuesday, May 24, 2016 4 comments

Eyya Garden May 2016

Bulan 5 ni, banyak transform dah eyya garden ni.
Kite nak maksimumkan penggunaan tanah.

Dulu sayur je kan.
Sayur pun yg senang tumbuh je.
Sekarang kita dah belajar pokok sayur berbuah, pokok buah dan bunga.

Berkebun ni kene banyak eksperimen.
Semai mcm mana, ade yg terus tanam kat tanah, ade yg nak guna peat moss and ade yg kene dalam peti sejuk sebab asal pokok tu dari cold season.
Contoh, kucai. Kucai boleh tanam kat Malaysia, cuaca panas.
Tapi benih die, sebab asal dari cold season, perlukan cuaca yg sejuk.
Takpe, senang je. Letak atas tisu, sembur air, masukk dalam zipper beg, 2 mggu, semua berakar!

And then.. tanah. baja. baka benih.
and pelbagai pokok yg rare dalam n luar negara.
Sebab tu best!

Ok jom.

 Makin penuh kan. hehehehe.. 
Ade hati nak tanam pokok macam-macam di kawasan yg terhad. huhuhu..

 Labu manis. Ade. Mula-mula letak sebelah kacang botol.
Sebab tak pernah tengok rupa sebenar labu manis.

 Hambik kau. Abes marigold semua pun mati. Akar die bebas lebar.. 
Sampai terpaksa alihkan kacang botol ke tempat lain. 
Nasib masa tu die masih menjalar kat batang kayu je. 
Senang alih dgn batang kayu tu jgk. hahaha..

Pucuk-pucuk baru, kita akan ikat pakai tali guni ke pagar.
Sebab kita tak nak die merebak dalam kebun.
Pakai tali guni ye. Tali rafia nanti cepat reput and putus.
Beli kat kedai eco RM2 je.

Ni kat depan rumah. 
Longkang dah tutup dengan pallet.
Jadi kita bagi die keluar sampai situ je.
Pucuk labu ni, boleh dimasak lemak tau, bibik kate. Sedap!
Ni baru satu pokok. Fuh.

 Kacang botol pun satu pokok je.
Alihkan ke tempat ulam-ulaman.
Die pun sejenis ulam jgk kan. hehehe..
Kiranya, labu satu pagar, kacang botol satu pagar.

 Kacang panjang dah naik.
Kacang panjang hijau dan ade satu je pokok kacang panjang merah.
Merah yang lain mati. hahahaha..
Kacang panjang merah lambat sikit membesar berbanding yg hijau.
Benih kiteorg dah tak beli, pakai dari pokok yg lepas je. Jimat.
Timun mini dah buang, susah sgt nak berbuah.
Dah cuba pollinate manual pun tak berjaya.
So, kite tanam kacang panjang jela. Senang.

Kacang Buncis pun ade.
Kacang buncis renek. So dalam pasu jela.
Jadinye, insyaallah, ade 3 jenis kacang kat rumah kite. yeah!

 Kayu pallet tu area cili.
Yang berpagar tu, mmg terung, tp ade terung mati.
Kene virus dari akar.
Tapi nasib baik, ade standby dua terung yg kite dah semai dulu.
Selang seli dengan bendi merah. hee..

Kawasan bunga matahari dah dikosongkan.
Kite letak pokok betik sekaki.

Pokok buah ni, yg suka en.suami.
Die tak request. Tapi die mmg suke buah.
Dalam peti sejuk kiteorg, tak pernah susut buah.

Sebab tu jugak, kite dah tanam buah.

Ni pokok asparagus.
Ade 4 kotak polistrin semuanye.
Ade 7 pokok.
Nak tunggu die mmg lama, org kate.
Takpela. Sebab nak beli tak mampu. Mahal sgt.

Kangkung bermaharajalela sebab hujan seminggu ni kan.
Petik gemuk, petik gemuk..
Siram baja teh je.
 


Kecik je kan.
Tapi jiwa besar.
Nak cuba semua jenis pokok. hehehe..
semampu yg boleh la kan. sedar rumah kicik. heee...
Sunday, May 22, 2016 4 comments

Eyya Hebat!

Anak dara dah beso..
2 tahun 4 bulan..
Saiz badan macm 3 tahun. hahaha...

Bila pening and geram dengan si abang-abang..
Dia lah penyejuk hati mama. huhuhu..
With her bright and beautiful smile... (^_^)v

Sweet je kan mase kecik.. Baru 7 bulan rasanye. Tak ingat la. 

Sekarang.. haa.. feeling princess la sangat...handbag tak padan dgn orang oke. Semua barang pink, semua die punye. obses dengan pink!

Papa pun layan die mcm princess la kan.. gambar tu mcm baik je dgn papa kan. ekcelli die tengah bebel kat papa, sebab habiskan aiskrim die. hahahaa... 

Die pun ade pelat sikit-sikit. 
Kalau ade hakim tak bertauliah sibuk tanye, nape pelat, anak i tak pelat pun.. bla bla..
Then, kite akan jawab, 'Oh, mmg saya yang sengaja ajar die cakap pelat, comel! saya tak suke budak tak pelat, kecik-kecik dah cakap mcm org tua!'. 
Kasar. sorry. sebab nak tutup mulut orang tu sepanjang hayat die. hahahaha..

Fahmi. Faheem pun pelat. 
Eventually, semua pelat tu akan hilang bila dieorg dah berkawan. 
Biar jela.
Cuma gigih la kite nak memahami ape yg die cakap kan. keh keh keh..

 See.. Ni gambar.. bukan pegi berjalan. Duduk rumah pun dok pakai baju gaun kembang2 oke.
Sayang la kalau pakai sekali sekala. 
Jadi kiteorg mmg selalu pakaikan.
Lagiun, die sendiri dah ambil kat almari, pilih baju ape nak pakai oke.
 
Gaun merah tu, mak ngah hadiahkan. tq mak ngah!
Costume fairy hijau tu beli kat carboot sale sini, RM10 je.
Kain baldu siap ade wing kat belakang. Berbaloi beli kat situ.

Anak pompuan ke.. anak jantan ke..
Same jek.
Malu?
Tak boleh nak kata apa. Layan je bila suruh bangun, tak nak bangun.
Bila banyak kawan die...
Siap berenang bagai.  kat lantai?
Sebijik mcm abg die punye perangai. huhuhu..

Tapi so far, die okela sikit. 
Aktif tapi tak seaktif fahmi dulu.
Bila g kedai makan, boleh duduk kat kerusi.
Senang jgk bawak jalan sebab tak meragam.
Sebab tu jugakla, papa selalu angkut die g kedai or ke mana.. hehehe.. 

Jumpe gambar lama.
Mase g sabah tahun lepas.
Sayang amie kat adik-adik die.
Memang nampak ke'abang'an die.
Kalau adik hilang, die lah paling gelabah carik kat setiap pelusuk shopping mall or kat area rumah.
Sebab tu selalu nampak die tolak-tolak adik, sebenarnye die jaga adik, 
supaya adik-adik die sentiasa dalam kawasan selamat. gitu. 

Semoga die jadi abang yang baik dunia and akhirat. Aminn.. =)



Friday, May 20, 2016 0 comments

Struggling to write

Semalam baru je tulis kat blog.
Ingatkan nak siapkan writing thesis, by end of this month.

So, tadi masih terhegeh-hegeh siapkan chapter 2.
Nak 40 pages. Heh!

Then.
Prof call.
Ok arni.
Siapkan semua esok.

Hah!

Bagi aku chapter 1 ko.
Chapter 5 ko ni, aku bagi esok.
Chapter 2, ko bagi aku esok.

Takde next week.
Semua esok. esok oke.

Apapun. chapter 1, edit sikit2, dah siap bagi kat prof.
Tinggal chapter 2, sikit lagi.
Last, baru chapter 6.

Maybe prof nk kite sempat submit sebelum meeting senat next month. fuh!

Ok bai.
Wednesday, May 18, 2016 0 comments

Chapter by chapter


Berdebar menghitung hari.
Tak pasti boleh siap tak by the end of this month.
Siap je. Bukan submit.
Sebab nk formatting n print lagi kan.
Hopefully sempat masuk meeting senat bulan 6.

Esok dah jumaat.
Sabtu ni mesti prof panggil.

Ade 6 Chapter.

Chapter 3, 4 dan 5 paling penting sebab semua results and discussion.
Sebab tu kiteorg write dr belakang.
Chapter 3 dan 4 dah siap reviewed by prof.
Chapter 5 dah bagi kat prof.
Biase die siap edit dlm masa sehari je.
Laju kan.

Sekarang tengah gigih chapter 2.
Kene tambah info sikit lagi.
Arini nak siapkan.

Chapter 1 dah siap. tp of course kene edit sikit.
Sebab tu buat mase candidature defense aritu.
Tak letak semua results.

Chapter 6, conclusion semua results.
Copy paste semua conclusion dari chapter 3, 4 dan 5, then rephrase.....

Esok tadika faheem celebrate teacher's day.
Siapkan adiah.
Bungkus dgn kertas A4 color2 je. huhuhu...

Okla. nak lunch. pastu sambung.
Sempat berblog kan! hahahahaha...
0 comments

Kelas Menjahit di Bangi / Putrajaya / Kajang

Kite dapat email.
Minta iklankan kelas belajar menjahit sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang.

Tiga tawaran menarik dari kelas ni:
1. Belajar one-to-one atau dalam kumpulan yang kecil. Jadi takdelah huru hara, tercicir bagai kan. Senang nak tanye dengan cikgu cikgi.

2. Kelas ikut masa lapang kite. Flexible gitu. Kalau tak siap hari ni, boleh sambung esoknye atau hari lain. Jangan lama sangat, karang lupe.

3. Boleh belajar pattern/design/jenis baju ikut pilihan kita. Boleh pilih2 gitu. Kalau suke jubah, boleh la belajar jahit jubah sampai dapat. Yang ade gigirl tu, boleh la start jahit dress kembang2.. hehehe..

Ingat zaman mak-mak kite.
Serba boleh. Masak pandai, kebun pandai, jahit pun pandai!
Kerja tau. apatah lagi yg housewife, boleh tambah side income gitu.


Belajar Menjahit ni.. Ilmu Yang Tak Akan Rugi. Believe Me.

So.. korang contact la dieorg ye. Bukan kite tau.




Shafina Collection
Masa: 9.30 pagi - 5.00 petang (weekdays 2 hari)
Tarikh / Hari: Sabtu-Ahad (Mengikut kelapangan pelajar)
Tempat: Persint 11 A5/8, Putrajaya
PN.SHAFINA – 0197774531 / 0197774731
Kelas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. KELAS JAHITAN BAJU KURUNG
2. KELAS JAHITAN BAJU KURUNG MODEN
3. KELAS JAHITAN TUDUNG (4 JENIS)

Yuran:

1. Kelas Jahitan Baju Kurung RM 180
2. Kelas Jahitan Baju Kurung Moden RM 230
3. Kelas Jahitan Tudung RM 150 
Bilangan student:
1 – 3 orang shj utk setiap sesi


LeenRamli
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang (sehingga baju siap)        
**kalo x siap, sambung keesokan hari..
                                                                                         
Tarikh / Hari: Sabtu-Ahad (Mengikut kelapangan pelajar)
Tempat: Persint 14, Putrajaya
Mobile: 019 954 2757
Kelas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. KELAS JAHITAN BAJU KURUNG
2. KELAS JAHITAN BAJU KURUNG MODEN

Yuran:

1. Kelas Jahitan Baju Kurung RM 150
2. Kelas Jahitan Baju Kurung Moden RM 180       
 3. Kelas Jahitan Jubah Dress RM 150
Bilangan student: 1 – 2 orang shj utk setiap sesi


Kak Wan 
Mobile : (+6) 017-3281790
 
E-mail : 1wansabariah@gmail.com
 
Website : http://1sabariah.blogspot.com/

KURSUS JANGKA PENDEK 
HARI: ISNIN - JUMAAT (SESSI PAGI) / SABTU & AHAD (TIGA SESSI)
 
MASA: TIGA SESSI (9.00PG - 11.00PG) (11.00PG - 1.00 PTG) (3.00 PTG - 5.00 PTG)
 
BAYARAN: RM150 / PATEN
 
HARGA PROMOSI - RM400 / 4 PATEN !!!
 
PENDAFTARAN: RM50 (TERMASUK PERALATAN JAHITAN)
 

PATEN PAKAIAN / BAJU PILIHAN
 

* BAJU KURUNG MODEN
 
* BAJU KURUNG TRADISIONAL
 
* BAJU KURUNG KEDAH
 
* BAJU KURUNG PAHANG / RIAU / PESAK GANTUNG
 
* BAJU KEBAYA MODEN
 
* BAJU KEBAYA TRADISIONAL (YG ADA KELEPET KAT DEPAN BAJU)
 
* BAJU KEBAYA RIAU (TEPI MCM KURUNG RIAU / PAHANG, DEPAN ADA BUTANG MCM KEBAYA
 

PATEN KAIN PILIHAN 

* KAIN LIPAT BATIK
 
* KAIN SELISIH BELAH
 
* KAIN KIPAS / SENYUM
 
* KAIN KEMBANG PAYUNG / DUYUNG
 
* KAIN A-LINE
 
* LAIN-LAIN MENGIKUT CITARASA
 

BLOUSE DAN LAIN-LAIN

* BLOUSE KOLAR
 
* BLOUSE BIASA - RM100 / PATEN
 
* BLOUSE MENGANDUNG - RM 100 / PATEN
 
* JUBAH - RM100 / PATEN
 
* PIJAMA - RM100 / PATEN
 


Kak Tie
Mobile :- 012-6103573
FB :- mariati manaf
Masa :- 10 pagi - 5 petang
HARI BIASA (WEEKDAY) Setiap hari Isnin dan rabu
Pattern Baju:- 
a) Baju Kurung Tradisional
b) Baju Kurung Pahang
c) Baju Kurung Moden
d) Jubah/Dress Dewasa 
e) Blaus & Skirt
f) Dress Kanak2
Yuran :-
a) RM 180 (Baju Dewasa- 2 hari, Jubah - sehari je)
b) RM 150 (Dress Kanak2 - 1 hari)


Kraf Ezee
ALAMAT: No 30 Jalan PB3 Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor (near KAJANG, PUTRAJAYA, SERDANG)
BANGI: +60390129134
MOBILE: +60129289727(Encik Rafizi)

Yuran:

1. Kelas Jahitan Baju Kurung RM 180
2. Kelas Jahitan Baju Kurung Moden RM 180
3. Kelas Jahitan Baju Melayu (baju shj) RM 190                        
4. Kelas Jahitan Baju Melayu (seluar shj) RM 190
5. Kelas Jahitan Jubah RM 150
6. Kelas Jahitan Telekung RM 150                                             
7. Kelas Jahitan Tudung RM 150
8. Kelas Jahitan Beg RM 100
9. Kelas Jahitan Tudung RM 150                                                    10. Kelas Jahitan Quilting RM 180
11. Kelas Jahitan Langsir RM 100
                                                                   
Bilangan student:
6 orang utk setiap kelas
Tuesday, May 10, 2016 2 comments

Gigih nak hilangkan 20%

Semalam prof call
sebab minggu lepas tak jumpe die.
die selalu jumpe ari sabtu.
tp kite balik kampung.
mak mertua ingatkan en.suami utk letak baja kat kebun.

so, jumaat atau sabtu ni kene jumpe.
syndrome not in the mood sangat bahaya. huhuhu...
memaksakan diri untuk menyiapkan kerja.

cool arni..
target siap writing hujung bulan ni kan. chayo!

orang kata dah nak siap.
tapi hati rasa mcm perjalanan masih jauh. *sigh
orang yg dah submit thesis pun cakap, dieorg lega 20% je.

so.. gigihla kite utk hilangkan at least 20% beban tu.. hahahhahaha...


Ini syndrome kite.. Sangat!
sape2 yg start writing paper apatah lagi thesis, confirm faham. hahahaha..
Wednesday, May 4, 2016 0 comments

Masakan Johor JDT di Restoren Rahsia di Bangi!

Malam isnin, 2 may..
Dating dengan en.suami.

Beria pujuk die.
Sebut Nasi Ambang, oke. hehehhe..

Thanks to Nana Aris, bg informasi Restoren Rahsia ni..
Delighted bile nampak masakan Johor. dekat pulak tu.

Tempatnya kat Seksyen 15, dekat Petronas tu.
Yang ade Nasi Ayam Tat.
Restoren die pulak kat corner lot berhadapan Restoren Nasi Beriani Anje.
Kira seberang jalan la.

Buka seawal 8.30 pagi sampai 11.30 malam.
Breakfast to Dinner.

Ok. jom. makan.

 Masakan Johor. Macam-macam ada. Nasi Ambang, Mee Bandung Muar, Mee Rebus Majidee (Rumah famili adik ipar), Nasi Ayam Madu, Nasi Lemak, Lontong Kering.... 

Harga okelah utk restoren yg cantik.
Air FREE!! 
Air Masak dan Air Sirap FREE.

 Nasi Ambang. Papa kate Sedap! 8/10. Yang ni RM6. Murahla sebab beli dari restoren yg cantik. Pasar lambak biase dalam RM5. Lagipun Air Free Refill. Yezza.

Harap dieorg letak lah ikan kering tu lebih sikit. 2-3 ke. huhuhu..

 Mee Bandung Muar. RM 7. Kite order yg biase je ni. Nana order yg special, die kate, penuh udang oke. Tapi yg ni pun... fuhh... sedap babe! even bau udang kering die pun, dah menggoda. licin dgn kuah sekali!

 Kacang Pool. RM 6 kalau tak silap. Lupelah. Roti die sedap, lembut and panas macam baru keluar dari oven. Makan gitu je dah sedap. Cuma kuah die, tak bape pasti.. Boleh diimprove lagi. Kami rasa kurang sikit malam tu. Kat johor, and restoren masakan johor dekat dgn unisel, shah alam, kuah die sedap lagi la.

Tapi still.. ramai je yg cakap sedap. Lain org, lain pendapat kan. Nana kate sedap, so try jela ye.

Decoration kaunter penuh dgn Johor n JDT. Even password WIFI die pun.. hahahhaa.. tengokla sendiri. johor jugak.

 Kopi 434 yg terkenal an Sate Johor pun tau!

Kite ade notice something kat tiang dlm restoren tu.
Gambar dari fb dieorg. 
Menu Wakaf.
Korang boleh bayar RM5 atau lebih di kaunter utk sedekahkan makanan di sini, utk org lain.
Ala.. mcm omputih punye iklan tu. yg bayar lebih utk kopi. for homelesss people.
Sini pun die buat. Semoga dilimpahkan rezeki yg berkat pada mereka. Aminn..

Insyaallah kami datang lagi!
Recommended!
Tuesday, May 3, 2016 2 comments

Cara Tanam Bendi Clemson Spineless

Arini nak cite pasal bendi clemson spineless ni.
Nama pun spineless..
dalam die, rongganya mcm bendi biasa yg dah tua. Tapi x tua.

Camni lah yg kita maksudkan. Rongga dalam mcm kurang isi atau mcm dah tua. Tapi bila masak, mcm bendi muda yg biasa. Kental dan sedap gitu. (Gambar dari en.google)

Ejaan yg betul adalah 'Bendi' bukan 'Bendir = gong kecil'.
Terpaksa, sebab aritu ade org question kite ejaan ni.
Kite check kat kamus dewan bahasa. hambek. hahhaha...
Takpe. Sama-sama belajar. good thing.

In english, Bendi = Okra = Ladies Fingers (Bergantung pada tempat dan negara)
Kite same dgn India.

Fakta sikit lagi, biji bendi ni boleh dipanggang and alternative menjadi kopi! caffeine-free sebab tak pakai biji kopi. tapi boleh rasa ala kopi. wow!

So far, kite pernah tanam bendi kampung yg biase.
Ni baru la first time cuba bendi baka rare mcm spineless clemson..

Info Menanam Bendi:
1. Semai
- Benih bendi antara benih yg sangat mudah bercambah. Campak mana-mana pun boleh hidup. Tak perlu pakai peat moss. boleh pakai tanah biase.
- Nak pakai peat moss pun boleh.
- Kite semai sebiji je dalam satu lubang, terus dalam pasu kecik2, dalam masa 4-6 hari, dah keluar tunas.

*** Ada orang cadangkan 2 biji dalam satu lubang, tapi sebab kite tau benih kite berkualiti, contoh kalau korang beli yg hybrid, memang insyaallah 99% hidup (bengantung pada tanah n siram 2 kali sehari). Untuk keperluan rumah, cukup 2-3 pokok untuk satu-satu masa.

2. Alih ke tanah
- Time alih ni, kite tunggu lama and tinggi sikit. Tunggu 4 helai daun sebenar, dan tinggi sejengkal dalam 17 cm atau setengah kaki. Sebab kite nak die betul-betul strong bila dialih ke tanah yg sesuai.

*** Boleh semai terus ke tanah. Kite semai dalam pasu, sebab masa ni, tanah utk bendi belum disediakan. Kite baru nak kosongkan raised bed bendi ni. Sebelum tu, kite tanam ulam raja, bapak tinggi sampai 5 kaki. So terpaksa buang sebab dah semak. Tapi anak-anak ulam raja, masih ade. Sebab kite suke ulam raja nih. sedap.

3. Pembesaran
- Mula-mula selepas alih tu, mmg terbantut pembesarannya. Kite biar je, dlm 2 mggu, die naik balik.Tu yang ambil masa sebulan setengah untuk membesar dan berputik.
- Bezanye juga, bendi biase lebih tinggi berbanding bendi clemson ni. Renek-renek berbuah lebat juga ye. Bendi biasa boleh setinggi 2m.


4. Jangka hayat
- Ada kate 6 bulan.Kite rasa 6 bulan dari bertunas sampai mati kot. hahahaha..
Sebab bendi yg kita tanam, paling lama hidup dari mula berbuah, hanya 2 bulan. Nanti kita tengok lagi bendi baka seterusnya.

***Bila daun bendi tu dari lebar-lebar, dah mengecut, tu tanda, korang boleh bersedia semai benih bendi yg baru. =)

5. Tanah
- Tanah semai: Tanah biasa atau tanah organik atau peat moss. 
- Kalau direct ke atas tanah, pastikan tabur serbuk kapur (untuk neutralkan tanah) dan baja tahi ayam. Tinggalkan seminggu. Baru semai benih.
- Kalau semai dalam bekas, masa dah keluar 4 daun sebenar, baru sy readykan tanah (serbuk kapur + baja tahi ayam juga), seminggu selepas tu, baru alih.

*** Kalau xde serbuk kapur, serbuk kulit telur (nanti saya ajar) boleh ditabur. Selain bagi nutrisi untuk mempercepatkan pembesaran, die boleh meneutralkan acid dalam tanah.

6. Serangan penyakit
- Belah daun, selalu kene thrips. Daunnye jadi bintik-bintik coklat dan hitam. So resepi campuran yang kite buat:
 i. 2 ml/ 1 tsp - Neem Oil (Beli kat kedai runcit india, racun serangga organik worldwide)
 ii 2 ml/ 1 tsp - Garlic Oil (Buat sendiri. Satu cawan minyak masak yang didihkan dengan 5 ulas bawang putih yang telah diketuk. Api perlahan. Dalam 15 min, tutup api. Biar sejuk, masukkan dalam bekas. Kite simpan dalam suhu biase je, kat kitchen kabinet.)
 iii. 2 ml/ 1 tsp - Sabun basuh pinggan mangkuk
 iv. 950 ml - Air (Asal jangan penuh, karang tumpah pulak nak masukkan oil n sabun tu) Pakai bekas sembur 1 liter.

*** Goncang sebelum sembur. Untuk permulaan, spray sikit2 je dulu, aim bawah daun, celah-celah daun. 3 hari berturut-turut. Bila pokok dah elok, amalkan seminggu sekali. Boleh digunakan kat semua jenis pokok.

6. Baja: 
i. Baja AB - Kite sembur setiap minggu untuk setiap pokok termasuk bendi.
ii. Keluar sehelai daun sebenar - Baja Tahi Ayam (Sikit-sikit je, jgn kena akar). Baja selang seminggu sampai keluar 4 daun sebenar.
iii. Masa alih: Epsom salt (takde takpe) + Baja tahi ayam
iv. Minggu 1-3 selepas alih atau keluar 4 daun sebenar: Baja NPK Hijau (15:15:15) Nitrogen lebih untuk pembesaran + Baja Tahi Ayam.
v. Minggu 4-5: Baja tahi ayam + Baja bunga
vi. Minggu 6-7: Baja tahi ayam + Baja buah

Bila dah berbuah lebat, seminggu sekali sy letak baja tahi ayam je.

 Ni bentuk anak pokok bendi dengan dua kotiledon, bukan daun sebenar ye. Kotiledon tak boleh buat fotosentisis. Jadi kalau nak alihkan, kite perlukan daun sebenar.

 Ni anak pokok bendi yang berusia sebulan (dari tempoh daun pertama muncul). Sebab tu tinggi lebih sejengkal. Kite mmg lambat alih sebab masa ni,sebab tanah tak ready lagi.

 Oke. Ni pokok yang dah beusia sebulan setengah (dari tempoh kita alih). Awal-awal terbantut juga. Biasa kalau terbantut, kite biar je. Kalau lama sgt terbantut lebih 2-3 mggu, baru tabur serbuk kulit telur dan baja tahi ayam.

Tinggi ni je. Tak sampai 1 m pun. Tu pun dah berputik nak berbunga. Masa ni kita belum bagi baja bunga pun.

 
Tadaa.. Dah berbuah. Kene cepat ambil sebelum tua. Tua tak sedap. Tengok daun die pun, dari atas ke bawah semua lebar-lebar.

 Feheem excited. Sebelum pegi tadika, die nak petik dulu. Ni berusia 2 bulan setengah selepas alih ke tanah. (Selepas 2 mggu dari gambar atas). Baja NPK + tahi ayam pada ujung minggu. Baja AB selang dua-tiga hari dah masa ni. Sembur sawi, bayam n kangkung, kite sembur segala pokok dalam kebun sampai abes satu botol. hahahha...

Mase ni lah kene serangan thrips. So sembur neem oil + garlic oil + sabun pencuci pinggan. 
Kalau takde, sabun pencuci pinggan satu sudu besar, minyak masak 1 sudu besar. Tapi ni biasenye utk aphids, yang putih-putih belakang daun, tapi try je semua2, depend on kedegilan serangga tuh. Susah sgt, spray la racun nyamuk yg water-based.

 Besoo buahnye. Tengok yg belah kanan kecik tu kan, esoknye dah besar mcm kat sebelah kiri. kejap je mase ni. kene tengok selalu sbb tak nak tua.

 Ok. now giliran fahmi pulak. Die sekolah petang. So pagi tu, belum mandi or berus gigi terus g kebun nak tuai sayur. hahahha.. Ini pokok 3 bulan dari masa die dialih ke tanah. Meriah sangat masa ni. Daun bhgn atas tu, dah mengecut sikit.

 Faheem dgn bendi nye..

 Minah ni pun nak jugak.. tadaa kata die. Tapi die g petik lada besar. hahaha..

 Terung kiteorg. Baru ade dua jenis. Ungu panjang dan ungu bulat. Pasni ada tambahan dua jenis lagi.

 See.. die takde masalah nak tuai. Tak payah ajar lagi dah. Amik daun kari, pandan, limau purut, daun kunyit, semua die dah kenal. hehehe..

 Senyum happy selepas tuai. 

 Ini baru diambil pagi ni. Dah 3 bulan setengah (3 bln 2 mggu) dari dialih ke tanah. Pokok dah makin tua dan daunnya mengecut. Masih berbuah, tp buahnya dah tak besar. Kite baru letak baja tahi ayam 3 hari yg lepas. Petang ni kita letak baja buah utk besarkan sikit buah-buah yg masih ada.

Kita dan prepare tanah tempat lain utk bendi yg dah kite semai, dah jd anak pokok pun, sebagai pengganti pokok ni.

Ok. Last.
Kite hadiahkan korang tengok bunga ye. 
Arini Bunga Raya warna Pink Lembut.
Cantik sangat. Eyya suke!

Lembut je warna die. Cantikkan. Hehehhe..

Ok. bai.
 
;