Monday, November 19, 2012

Istanbul, aku datang! -Best tak?

Best! comel sgt tgk Beto.. huhuhu.. kite suke beto la.. sejak Jujur, aku dayus.. huhuhu... terpikat.. pastu ade tomok yg comel pulak tuh.. tgk filem ni, barulah perasan tomok dah tua. hahhaa... 

3 peneraju utama.. Lisa Suriani, beto ngan tomok

ni pun dalam filem tu. malam last sebelum lisa tu nk balik Malaysia. n hari plg teruk die kene.
cite ni.. klakar.. fun.. fun.. comel! walaupun pelik2 tgk baju lisa suriani pakai, tp best jek. jalan cite yg simple, klakar n kite tau ending nye.. hahhaa...

Rate star: 8.5/10

Ni nak cite sket sejarah menarik pasal Istanbul. Istanbul ni dulu dikenali sebagai Kota konstantinopel dimiliki oleh Raja konstantinopel, Kritian. Pernah dengar Muhammad Al-Fateh?

Menariknya, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Takde sorg pun berjaya sehingga 800 tahun kemudian ok!

Banyak sultan cuba tawan kota konstantinopel ni, tapi gagal iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyah, Sultan Sulaiman Abdul Malik, Khalifah Harun sampailah kepada bapa Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu Sultan Murad.

Mase Sultan Murad gagal, die tertanye-tanye sape yg akan berjaya menawan kota tuh. Mase tu die takde anak lagi. Sampailah seorang ulama' name die Syeikh Bayram, cakap kat Sultan Murad tuh, "Mengikut firasat saya yang dikurniakan oleh Tuhan, bukan tuanku yang menawan Konstantinopel tetapi putera tuanku". Sultan tu terkejut sebab die takde anak, pastu die balik tanye bini die, bini die pun ckp die mengandung. 

Cite Syeikh bayram ni pun sgt hebat, kalau kite penah dgr Nabi Isa hidupkan org yg dah mati, ekcelli syeikh ni pun hidupkan org mati.

Citenye paderi yg ulung dr Konstantinopel tu cabar semua ulama', dia tanye "Di kalangan Israel ada Nabi Isa yang boleh hidupkan orang yang sudah mati, sekiranya benar, cubalah hidupkan org yang dah mati!" Semua ulama terdiam dan ade yg cakap tak masuk akal.

Syeikh Bayram mase tuh tak ade sebab die dah tua n tak larat, pastu Sultan Muhammad mase tu 17 tahun, panggil die, n die terima cabara tuh. Syeikh tu pergi kat satu kubur, solat sunat 2 rakaat pastu berdoa kat Allah "Wahai Tuhan, tunjukkan kebenaran hadis Nabi Muhammad S.A.W itu kepada kami".

Pastu lubang kubur tu terbuka, tulang-temulang menjadi mayat, bergerak dan bangkit dari kubur. Ada yang larikan diri sebab ingat hantu bangun dr kubur. Ramai org terkejut n takjub sampailah paderi tu bersuara "Sesungguhnya Muhammad itu memang seorang rasul. Aku naik saksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasul" Paderi terulung masuk Islam dan kemudian die jadi panglima laut mase berperang menawan kota konstantinopel.

Perang tu selama 53 hari. banyak perkara mustahil berlaku mase perang tu sbb Sultan Muhammad dapat mimpi dan petunjuk dari Allah mase jalan buntu. Contohnya kapal berlayar di atas darat, bukan satu tapi 70 kapal atas darat! n ramai sgt yg syahid.. of course itu yg dikejar oleh dieorg. n bukan sebarangan org dpt syahid ni tau, hanya orang yang dipilih Allah je.

Masjid Aya Sophia dalam filem tu sebenarnya gereja paling cantik dan unik yg pernah dibina zaman tuh. Perkara pertama Sultan Muhammad buat selepas tawan kota tuh, die sujud syukur n titahkan untuk menukar gereja tu kepada masjid. Pastu tukar nama Konstinopel kepada Istanbul.

Masjid Aya Sophia
Kalau nak baca buku Muhammad Al-Fateh, novel sejarah Islam ditulis oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS. Mase baca tu, terutama bahagian peperangan, rase pun mcm nk g berperang. dan indahnye Islam tu, xde penindasan. banyak sangat cite menarik di sebalik nama ni.

Ni buku nye. bahasa melayu ye.
Teringat mak penah cerita, baru-baru ni ade kapal terbang terhempas kat laut, pastu ade seorang bayi terapung-apung. Die seorang yg selamat dan yg lain meninggal dunia dan tak dpt diselamatkan. Lepas diselamatkan, dieorg track record, nama bayi tu adalah Muhammad Al-Fateh!

No comments:

Post a Comment

 
;