Monday, November 26, 2012

Pemimpin Muslim Akhir Zaman - A Man from East

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Rasulullah S.A.W juga bersabda nama dia sama seperti nama Rasulullah iaitu Muhammad bin Abdullah. Dan pemimpin itu akan datang dari Timur! Siapakah orangnya. Beliau digelar Imam Mahdi. 

Andai beliau itu lahir akan datang, maka siapkanlah anak-anak kita untuk turut bersama beliau menjadi bala panglima tenteranya untuk berjuang bersama menegakkan agama.

Bersedialah kita. para ibu. yakinlah bahawa tangan ibu mampu menggoncang dunia. 

Kisah Ibu Nabi Musa. Ibunya Yukabad bte Qahat melahirkan Musa dalam keadaan rahsia dan terpaksa menghanyutkan bayi berusia 3 bulan ke Sungai Nil untuk menyelamatkan nyawa bayi kesayangannya. Tetapi Allah Maha Mengetahui, bayi yang dijaga oleh Asiah, isteri Firaun itu asyik menangis dan tidak mahu disusui sehinggalah Yukabad tampil untuk mengasuh dan menjaga Nabi Musa semula. Sudah tentu bukan calang-calang sifat keteguhan dan kekuatan yang diberikan Allah kepada ibu Nabi Musa. “Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya senang hatinya dan tidak berdukacita dan supaya dia mengetahui janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Kisah Ibu Sultan Muhammad Al-Fateh. "Akan datang pemimpin yang berjaya menawan Kota Konstinopel itu adalah dari pemimpin yang sangat baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Walaupun ahli firasat telah memaklumkan bahawa bayi beliau adalah pemimpin itu, namun itu adalah firasat kerana belum terbukti benar. Tetapi, anak itu dibawanya setiap hari di pinggir dan menunjukkan Kota Konstinopel kepada bayinya dan berkata 'Kau lah pemimpin yang akan menawan Kota Konstinopel itu, wahai anakku!'. 

Di Palestin. Anak-anak kecil berlumba-lumba untuk menghafaz Al-Quran. Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?" "Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid!" (Di mana anak kita ketika ini?)

Ya, kitalah yang mencorak anak kita. Ada pepatah menyatakan bahawa 'Anak derhaka dilahirkan oleh kita sendiri'. Ya, siapa lagi kalau bukan kita. Minta dijauhkan. Aminnn..

Gambo dari En. Google.

1. Didiklah anak kita dimulai dengan Al-Quran. Pada zaman sekarang, ramai mengejar untuk anak-anak bijak English, Sains dan Matematik, seperti saya juga. Inginkan anak yang cemerlang di sekolah. Mengejar semua A dalam matapelajaran! Dan tahukah kita bahawa disebabkan terlalu mengejar ilmu dunia seperti English dan Sains, peraturan yang dibuat oleh Mustafa Kamal Artatuk, merupakan salah satu punca kejatuhan Zaman Kegemilangan Turki Uthamaniah! Barat Bersorak!

Allah tunjukkan jalan kepada saya dengan menyertai kursus mendidik bayi dan anak-anak menghafaz Al-Quran oleh Islam Parenting Network. Boleh juga follow blog darwishndarwisya.blogspot.com. Pn.Lina berkongsi cara beliau mengajar anaknya sehingga mampu menghafaz 30 Surah pada usia 3 tahun! Kini anaknya itu juga fasih berbahasa English malah bijak menyelesaikan masalah Matematik dan mampu menbaca Encyclopedia. Percayalah, Al-Quran itu akan memudahkan segala ilmu sains dan dunia.

Pn.Lina ni pun orang biasa. Bukan ustazah. Bukan penghafaz Al-Quran. Tetapi beliau mampu mendidik anaknya menghafaz Al-Quran walaupun dengan kesibukan masa bekerja. Tidak ada alasan untuk ibu yang bekerja. 

2. Ceritakan mereka kisah sejarah. Abaikan cerita-cerita dongeng tahyul yang membuat anak-anak kita berangan dan tidak berfaedah. Sudah tentu ia agenda Israel, membuatkan umat Islam hanyut dan berkhayal. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah Nabi, Rasul, Perang Uhud, Badar, Khandak, Sahabat-sahabat serta Sultan hebat seperti Umar Abd Aziz, Salahudin Al-Ayubi dan sudah tentu Sultan Muhammad Al-Fateh. Semasa menakluk Kota Konstinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh banyak mengikut cara Rasulullah berperang sehingga beliau berjaya dengan izin Allah. Pentingnya sejarah bukan sekadar ingatan atau perkara yang lepas, tetapi mengajar dan mendidik kita agar lebih bersedia dan terlatih di masa hadapan.

Jika ingin beri melihat kartun, pilihlah kartun seperti Baby Einstein, Thomas and Friends dan kartun-kartun tanpa pakaian yang sexy mexy. Perlahan-lahan. Kalau bayi lagi mudah. Amie tak tahulah. Cuba lagi. =)

3. Rasulullah menyuruh kita, "Didiklah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda". Ketenteraan. Di Malaysia, paling mudah adalah berenang. Memanah dan berkuda sukar untuk kita pelajari kerana memerlukan kos dan sukar didapati. Tetapi boleh kita masukkan mereka ke kelas taekwando atau seni pertahankan diri apapbila sudah cukup umur iaitu 5 tahun.

Pn.Lina membuka mata saya, tak perlu jadi ustazah untuk mendidik anak menghafaz Al-Quran. Tiada alasan untuk ibu yang bekerja. Perlahan-lahan. Untuk mempelajari cara kita mendidik anak-anak membaca dan menghafaz Al-Quran, saya galakkan kita semua pergilah menuntut ilmu di kursus yang beliau anjurkan di laman web Islam parenting network.

Saya percaya, apabila Al-Quran dihafaz, In Shaa Allah akan dipermudahkan untuk mempelajari matapelajaran dunia pula. Bak kata Dato' Dr. fadzillah Kamsah "Jika kita nak cemerlang, kita perlu cemerlang di dunia dan akhirat".

Video di bawah, Adik Darwisya membaca Surah Ar-Rahman.

Jom kita sediakan anak-anak kita untuk menjadi panglima tentera Imam Mahdi kelak! In Shaa Allah!

*Sekadar perkongsian yang saya rasa sangat berharga dengan menghafaz Al-Quran. Kita akan dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dan tentu sekali kita akan turut belajar bersama-sama membaca dan menghafaz Al-Quran. Itu yang pasti. (^_^)v

**Teringat kata-kata suami Pn.Lina, kalau nk tunggu kesempurnaaan baru belajar, sampai bila.  Mulakan dari sekarang. Pelan-pelan. Boleh. 

No comments:

Post a Comment

 
;