Wednesday, November 28, 2012 2 comments

Program Darwish n Darwisya - Didik anak kita hafaz Al-Quran

Sabtu lepas, kite g program Darwish n Darwisya dengan pn.tmah kat shah alam. tu yg keluar post sebelum ni. ni baru nak upload gambo. Harga sebab kiteorg g berpasangan RM360, jadi seorang RM180 la. termasuk sarapan, lunch dgn brg untuk mengajar anak2 kite la kan. 

Ramai gak yg bawak baby n anak. ade tu anak tu tidooo jek. Allah permudahkan mak die. n yg meragam, tp sebab salah sorg ade dlm tuh, oklah kan. sebab ade yg g berpasangan, ade berkawan, ade sedara mara kot.

Ni pun tmah tu yg bayarkan dulu, sbb kite tgh mesken kan, amik die pagi2 buta kat TBS, terus g shah alam. smpailah petang. tp sbb best, so tak mengantuk or boring. seriusly! so setan x dpt lah kacau kite aritu kan.

Ni pn.lina. biase je kan. bukannye pakai tudung labuh n jubah. pun mampu mendidik anak die menghafaz al-quran. so kite pun boleh jgk. chayo!

Ni en.suami pn.lina, en rajoli kalau x silap. name cm org jawa. blkg tu gambo anak dieorg darwish n darwisya.

Ye, nilah bff dunia akhirat, selain dayah, pn.fatimah kamsani! thanks babe ajak aku g sini. dulu yg hijau tu montel, skrg yg biru pulak. hahhaha..
Mulanya kite dah tau program ni lame dah. tp x yakin kat diri boleh buat sendiri. semua nk suruh cikgu2 taska, tadika or sekolah. senang kan. hahahha... sebab tu mase pn.tmah ajak, malasnye yg dasyat. Setan byk sgt! tp pergi gak, sebab makcik tu dah nak dtg, naik bas, dah bayar, n rupanya die pun ade perasaan yg sama!

tp bile g kursus ni, alhamdulillah sgt2, tak bosan, lebih confident. Rasenye dari pagi smpai petang tuh, tak rase pun lame. Yela, lebih baik kite yg buat sendiri, sbb kite sendiri yg mencorak anak tuh.

so ape yg kite buat lepas balik tuh?

1. Pagi esoknye, lepas solat subuh, bincang dgn suami. Cite kat en.suami nk didik anak hafaz al-quran. terangkan kat die mcm mane n ape yg kite perlu buat. kite as cikgu kelas, en.suami as cikgu sandaran. n mcm2 la lagi. siap bukak balik handout n explain satu2 kat die. En.suami sudah tentu menyokong.

2. Bukak CD Juz 'Amma & Yasin. Setiap kali dieorg tgh leka main n waktu malam (sayup-sayup je) smpai ke pagi. so setan xdelah nk kacau anak kite mase tgh tido kan. 

n bawak gak cd tu kat kete if jalan jauh sket, x jauhnye g giant kat nilai jek. tp sbb nk dieorg familiar dgn ayat-ayat al-quran. n alhamdulillah, amie n faheem tak rase benda ni bising. 

nk bukak kat tv, tp xde VCD, so nanti ade duit kene beli VCD, so boleh kurangkan noise TV dieorg.

Yang ni CD RM15. Pasang kat laptop jek sbb xde CD player. Nanti dah ade, baru senang nk pasang n bawak g mane2. ke dapur tgh masak pun bagus, smbil tu bukak penutup beras n air. Tak yah carik penawar! n ntah, rasenye xde pun bacaan yasin dlm cd ni, ke aku yg x dengar.

3. Beli pewangi kat rumah. kat toilet pun ade. Wangiii gitu.

Haa tu. letak kat atas gitu. tiap kali bunyi, berlumba dgn amie sape bau dulu. huh?

4. Setiap kali lepas makan malam, solat magrib, kite ajar amie n faheem flashcard huruf hijaiyah. Teringin nk beli VCD die. Sabo mama. 

Amie. Rupenye die ade kenal beberapa huruf n die familiar dgn huruf2 lain, tapi huruf susah, xpela, pelan-pelan. mesti dah belajar kat taska kan. so amie dah boleh blaja semua n ulang sekali lagi, baru leh main n bukak TV. n die tak kesah utk belajar. alhamdulillah. semoga berterusan. aminn.

Faheem. ikut-ikut jgk. tp main2. gelak2. Bile kite sebut A (alif baris atas), die pun sebut A, A, A, A, pastu ketawa. takpe. sket2. faheem kite repeat 5 huruf yg same jek. tapi sebutan yg die boleh sebut jela. tgk kite pun tak. hahhaa.. xpe. adik tetap kene belajar jgk. No Mercy!

Ni la flash card nye. Satu set RM9. Disebabkan agak mahal, so takleh nk tampal kat dinding, lagipun ade dua set jek. satu amie pegang, satu faheem pegang. abes dah renyuk2 sbb berebut. tp sbb dah prepare n diberitahu oleh pn.lina, so kite bagi jelah dieorg pegang, asalkan tak koyak. memang budak lelaki suke pegang.

5. Doa. Permudahkan anak-anak kita utk hafaz Al-Quran. Permudahkan kite ngan suami utk mendidik, dan tunjukkan cara utk mengajar anak-anak kita mengahafaz Al-Quran.

Kalau nk baca blog pn.lina, kat sini, http://darwishndarwisya.blogspot.com/

N kalau nak beli barang-barang untuk mengajar or tempahan g kursus, kat sini, http://www.islamicparentingnetwork.com.my/Product

 In Shaa Allah!
Monday, November 26, 2012 0 comments

Pemimpin Muslim Akhir Zaman - A Man from East

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Rasulullah S.A.W juga bersabda nama dia sama seperti nama Rasulullah iaitu Muhammad bin Abdullah. Dan pemimpin itu akan datang dari Timur! Siapakah orangnya. Beliau digelar Imam Mahdi. 

Andai beliau itu lahir akan datang, maka siapkanlah anak-anak kita untuk turut bersama beliau menjadi bala panglima tenteranya untuk berjuang bersama menegakkan agama.

Bersedialah kita. para ibu. yakinlah bahawa tangan ibu mampu menggoncang dunia. 

Kisah Ibu Nabi Musa. Ibunya Yukabad bte Qahat melahirkan Musa dalam keadaan rahsia dan terpaksa menghanyutkan bayi berusia 3 bulan ke Sungai Nil untuk menyelamatkan nyawa bayi kesayangannya. Tetapi Allah Maha Mengetahui, bayi yang dijaga oleh Asiah, isteri Firaun itu asyik menangis dan tidak mahu disusui sehinggalah Yukabad tampil untuk mengasuh dan menjaga Nabi Musa semula. Sudah tentu bukan calang-calang sifat keteguhan dan kekuatan yang diberikan Allah kepada ibu Nabi Musa. “Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya senang hatinya dan tidak berdukacita dan supaya dia mengetahui janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Kisah Ibu Sultan Muhammad Al-Fateh. "Akan datang pemimpin yang berjaya menawan Kota Konstinopel itu adalah dari pemimpin yang sangat baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Walaupun ahli firasat telah memaklumkan bahawa bayi beliau adalah pemimpin itu, namun itu adalah firasat kerana belum terbukti benar. Tetapi, anak itu dibawanya setiap hari di pinggir dan menunjukkan Kota Konstinopel kepada bayinya dan berkata 'Kau lah pemimpin yang akan menawan Kota Konstinopel itu, wahai anakku!'. 

Di Palestin. Anak-anak kecil berlumba-lumba untuk menghafaz Al-Quran. Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?" "Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid!" (Di mana anak kita ketika ini?)

Ya, kitalah yang mencorak anak kita. Ada pepatah menyatakan bahawa 'Anak derhaka dilahirkan oleh kita sendiri'. Ya, siapa lagi kalau bukan kita. Minta dijauhkan. Aminnn..

Gambo dari En. Google.

1. Didiklah anak kita dimulai dengan Al-Quran. Pada zaman sekarang, ramai mengejar untuk anak-anak bijak English, Sains dan Matematik, seperti saya juga. Inginkan anak yang cemerlang di sekolah. Mengejar semua A dalam matapelajaran! Dan tahukah kita bahawa disebabkan terlalu mengejar ilmu dunia seperti English dan Sains, peraturan yang dibuat oleh Mustafa Kamal Artatuk, merupakan salah satu punca kejatuhan Zaman Kegemilangan Turki Uthamaniah! Barat Bersorak!

Allah tunjukkan jalan kepada saya dengan menyertai kursus mendidik bayi dan anak-anak menghafaz Al-Quran oleh Islam Parenting Network. Boleh juga follow blog darwishndarwisya.blogspot.com. Pn.Lina berkongsi cara beliau mengajar anaknya sehingga mampu menghafaz 30 Surah pada usia 3 tahun! Kini anaknya itu juga fasih berbahasa English malah bijak menyelesaikan masalah Matematik dan mampu menbaca Encyclopedia. Percayalah, Al-Quran itu akan memudahkan segala ilmu sains dan dunia.

Pn.Lina ni pun orang biasa. Bukan ustazah. Bukan penghafaz Al-Quran. Tetapi beliau mampu mendidik anaknya menghafaz Al-Quran walaupun dengan kesibukan masa bekerja. Tidak ada alasan untuk ibu yang bekerja. 

2. Ceritakan mereka kisah sejarah. Abaikan cerita-cerita dongeng tahyul yang membuat anak-anak kita berangan dan tidak berfaedah. Sudah tentu ia agenda Israel, membuatkan umat Islam hanyut dan berkhayal. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah Nabi, Rasul, Perang Uhud, Badar, Khandak, Sahabat-sahabat serta Sultan hebat seperti Umar Abd Aziz, Salahudin Al-Ayubi dan sudah tentu Sultan Muhammad Al-Fateh. Semasa menakluk Kota Konstinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh banyak mengikut cara Rasulullah berperang sehingga beliau berjaya dengan izin Allah. Pentingnya sejarah bukan sekadar ingatan atau perkara yang lepas, tetapi mengajar dan mendidik kita agar lebih bersedia dan terlatih di masa hadapan.

Jika ingin beri melihat kartun, pilihlah kartun seperti Baby Einstein, Thomas and Friends dan kartun-kartun tanpa pakaian yang sexy mexy. Perlahan-lahan. Kalau bayi lagi mudah. Amie tak tahulah. Cuba lagi. =)

3. Rasulullah menyuruh kita, "Didiklah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda". Ketenteraan. Di Malaysia, paling mudah adalah berenang. Memanah dan berkuda sukar untuk kita pelajari kerana memerlukan kos dan sukar didapati. Tetapi boleh kita masukkan mereka ke kelas taekwando atau seni pertahankan diri apapbila sudah cukup umur iaitu 5 tahun.

Pn.Lina membuka mata saya, tak perlu jadi ustazah untuk mendidik anak menghafaz Al-Quran. Tiada alasan untuk ibu yang bekerja. Perlahan-lahan. Untuk mempelajari cara kita mendidik anak-anak membaca dan menghafaz Al-Quran, saya galakkan kita semua pergilah menuntut ilmu di kursus yang beliau anjurkan di laman web Islam parenting network.

Saya percaya, apabila Al-Quran dihafaz, In Shaa Allah akan dipermudahkan untuk mempelajari matapelajaran dunia pula. Bak kata Dato' Dr. fadzillah Kamsah "Jika kita nak cemerlang, kita perlu cemerlang di dunia dan akhirat".

Video di bawah, Adik Darwisya membaca Surah Ar-Rahman.

Jom kita sediakan anak-anak kita untuk menjadi panglima tentera Imam Mahdi kelak! In Shaa Allah!

*Sekadar perkongsian yang saya rasa sangat berharga dengan menghafaz Al-Quran. Kita akan dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dan tentu sekali kita akan turut belajar bersama-sama membaca dan menghafaz Al-Quran. Itu yang pasti. (^_^)v

**Teringat kata-kata suami Pn.Lina, kalau nk tunggu kesempurnaaan baru belajar, sampai bila.  Mulakan dari sekarang. Pelan-pelan. Boleh. 
Wednesday, November 21, 2012 2 comments

Jahit Pouch or Zipper Wrislet Sendiri!

yeahh.. berjaya akhirnya.. ekcelli mak yg suruh buat beg kecik berzip, senang nk masuk duit, hp, kad, n beg syiling kann.. 

sbnrnye macam2 jgk dah cuba sblm tuh.. mula2.. ala2 purse.. pastu mak suruh buat pouch bag.. ade org panggil wristlet.. ntah, cam same jek.. 


semua belajar sendiri ye. youtube n try n error.. salah jahit, bukak.. salah lagik, bukak.. pastu siap tulis dlm buku supaya x salah lagi la kan.. heee...


Eksperimen pertama: Ni la purse jahit sendiri yg pertama.. tak kemas jahitan sebab masih x dpt sesuaikan diri dgn mesin jahit yg laju ituh.. fuhh.. laju giler ok, especially utk kite yg first time pegang mesin jahit.. huhuhu..


Eksperimen kedua: Ni purse kedua. tak bape praktikal sbb perlukan pengeras atau kain yg lebih keras.


Eksperimen ketiga: Tadaaaa...!! akhirnye jadik jgk.. pouch kite.. pelbagai saiz sbb masih baru ye.. ukur same, tp jadik lain2 saiz pulak.. hihihi..


Ni yg kite guna.. ade dua kocek.. satu utk kad, satu utk hp.. sederhana besar. tp ingat nk buat satu lagi, sbb yg ni pun x bape kemas. huhuhu..
Ni khas utk mak.. sederhana besar.. kali ke-5 hokey.. nampak jek simple, try la buat, baru korg tau rupenye cerewet gak nk buat.. huhuhu.. tapi lame2 senang dah.. xyah asyik nk tgk kat youtube ngan buku..
Ni dlm bag mak.. satu jek kocek.. n jahitan dah kemas! (sikitla.. hahaha) =P
Ni la mesin jahit kite.. aritu gambo dari en.google je kan.. letak sebelah meja study, dekat dgn tempat iron.. so senang, jahit sikit, iron, gunting kat meja study.
Cantik pulak kite tengok. larikk!!! hahahaha..

Sejak mesin jahit ade, bilik study ni sentiase la ditutup supaya budak2 x masuk.. takut abes dieorg main gunting n mesin jahit.. dah la x abes byr lagik. sentap karang..

Nanti nk buat lagi bag pouch tu.. mcm best.. 
Monday, November 19, 2012 0 comments

Istanbul, aku datang! -Best tak?

Best! comel sgt tgk Beto.. huhuhu.. kite suke beto la.. sejak Jujur, aku dayus.. huhuhu... terpikat.. pastu ade tomok yg comel pulak tuh.. tgk filem ni, barulah perasan tomok dah tua. hahhaa... 

3 peneraju utama.. Lisa Suriani, beto ngan tomok

ni pun dalam filem tu. malam last sebelum lisa tu nk balik Malaysia. n hari plg teruk die kene.
cite ni.. klakar.. fun.. fun.. comel! walaupun pelik2 tgk baju lisa suriani pakai, tp best jek. jalan cite yg simple, klakar n kite tau ending nye.. hahhaa...

Rate star: 8.5/10

Ni nak cite sket sejarah menarik pasal Istanbul. Istanbul ni dulu dikenali sebagai Kota konstantinopel dimiliki oleh Raja konstantinopel, Kritian. Pernah dengar Muhammad Al-Fateh?

Menariknya, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Takde sorg pun berjaya sehingga 800 tahun kemudian ok!

Banyak sultan cuba tawan kota konstantinopel ni, tapi gagal iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyah, Sultan Sulaiman Abdul Malik, Khalifah Harun sampailah kepada bapa Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu Sultan Murad.

Mase Sultan Murad gagal, die tertanye-tanye sape yg akan berjaya menawan kota tuh. Mase tu die takde anak lagi. Sampailah seorang ulama' name die Syeikh Bayram, cakap kat Sultan Murad tuh, "Mengikut firasat saya yang dikurniakan oleh Tuhan, bukan tuanku yang menawan Konstantinopel tetapi putera tuanku". Sultan tu terkejut sebab die takde anak, pastu die balik tanye bini die, bini die pun ckp die mengandung. 

Cite Syeikh bayram ni pun sgt hebat, kalau kite penah dgr Nabi Isa hidupkan org yg dah mati, ekcelli syeikh ni pun hidupkan org mati.

Citenye paderi yg ulung dr Konstantinopel tu cabar semua ulama', dia tanye "Di kalangan Israel ada Nabi Isa yang boleh hidupkan orang yang sudah mati, sekiranya benar, cubalah hidupkan org yang dah mati!" Semua ulama terdiam dan ade yg cakap tak masuk akal.

Syeikh Bayram mase tuh tak ade sebab die dah tua n tak larat, pastu Sultan Muhammad mase tu 17 tahun, panggil die, n die terima cabara tuh. Syeikh tu pergi kat satu kubur, solat sunat 2 rakaat pastu berdoa kat Allah "Wahai Tuhan, tunjukkan kebenaran hadis Nabi Muhammad S.A.W itu kepada kami".

Pastu lubang kubur tu terbuka, tulang-temulang menjadi mayat, bergerak dan bangkit dari kubur. Ada yang larikan diri sebab ingat hantu bangun dr kubur. Ramai org terkejut n takjub sampailah paderi tu bersuara "Sesungguhnya Muhammad itu memang seorang rasul. Aku naik saksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasul" Paderi terulung masuk Islam dan kemudian die jadi panglima laut mase berperang menawan kota konstantinopel.

Perang tu selama 53 hari. banyak perkara mustahil berlaku mase perang tu sbb Sultan Muhammad dapat mimpi dan petunjuk dari Allah mase jalan buntu. Contohnya kapal berlayar di atas darat, bukan satu tapi 70 kapal atas darat! n ramai sgt yg syahid.. of course itu yg dikejar oleh dieorg. n bukan sebarangan org dpt syahid ni tau, hanya orang yang dipilih Allah je.

Masjid Aya Sophia dalam filem tu sebenarnya gereja paling cantik dan unik yg pernah dibina zaman tuh. Perkara pertama Sultan Muhammad buat selepas tawan kota tuh, die sujud syukur n titahkan untuk menukar gereja tu kepada masjid. Pastu tukar nama Konstinopel kepada Istanbul.

Masjid Aya Sophia
Kalau nak baca buku Muhammad Al-Fateh, novel sejarah Islam ditulis oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS. Mase baca tu, terutama bahagian peperangan, rase pun mcm nk g berperang. dan indahnye Islam tu, xde penindasan. banyak sangat cite menarik di sebalik nama ni.

Ni buku nye. bahasa melayu ye.
Teringat mak penah cerita, baru-baru ni ade kapal terbang terhempas kat laut, pastu ade seorang bayi terapung-apung. Die seorang yg selamat dan yg lain meninggal dunia dan tak dpt diselamatkan. Lepas diselamatkan, dieorg track record, nama bayi tu adalah Muhammad Al-Fateh!
Tuesday, November 13, 2012 2 comments

Telekung pertama..

oh xde gambo ye. sbb kamera rosak kann..

alhamdulillah. hp dah jumpe blk, pejabat pos hntar blk ke kulai. n mak bg lagi satu extra hp. so skrg ade 2 hp. rezeki.

pastu ckp kat mak kamera rosak. mak bg satu kamera die. baru lg tp x penah pakai. charger jek xde. so tinggal beli charger jela kan.. again. rezeki.

so pasni adelah gambo kat blog lagi.. hehehe..

then tunjuk kat mak telekung yg baru siap tuh. mak ckp cantik. ecot ckp cantik. lagipun en.suami pun ckp, die x penah tgk design mcm tuh, means boleh la dijual. nanti mak ajak g borong kain kat jalan tar.

n en.suami dah bg duit. support! thanks Allah. x penah2 die nk support kan, at last, die support jgk. yeahhh!!

ekcelli design tu biase tp penggunaan reben yg berlainan.. so mak cadangkan letak jenama. cewahh.. ekcelli mmg kite nk letak pun.. so next week, borong kain n dah boleh start menggunting.

skrg tgh melepak di kulai. bestnye x terkata. tp musim demam. semua pun demam kan.. menggigil2 satu badan. ingat nk g legoland. tp xpela, next time. watpe pegi kalau hujan.

daa..

Wednesday, November 7, 2012 0 comments

Raya haji kat taska amie n faheem

ni kite curik dr blog taska bondamama bandar bukit mahkota. dua hari sebelum tu, cikgu cikgi die ingatkan bawak baju melayu. n amie pun ingatkan ari2 bwk baju melayu. 

yela, mase raya aidilfitri, die ngan faheem jek x pakai baju melayu, ade ke papa masukkan baju jalan. papa ni x berhati raya betul la.. huhuhu.. sian anak mama, balik ngadu, 'kape mama tak bawak baju raya amie'.. papa la.. huhuhu..

tapi kali ni, mama siapkan malam sebelum! excited gitu.. hihihihi..

then, ni gambo dr kamera teacher die kot.. walaupun x bape nk baik, tp ade dah cukup baik kan.. hehehe..


adik in the middle. hebat!

ni mesti nak tunjuk peace.. adik pun tgk abg die buat ape.

hambek.. dua2 tgn kuar. pandai abg ajar adik. =)

makan pun tgk sane sini kan.. hahaha.. budak2..

ni sah adik main makanan die. eh, adik suap sendirik ke?

ni ptg tu kot. or sebelum mandi. ucuk!

hmm.. tahun depan si abg g tadika. mama pilih tadika yg ajar solat n mengaji. mama x rase keperluan in english. nanti boleh belajar kat sekolah, g tuition or banyak cara lain. tp solat n mengaji, mama nk tekankan dulu. nanti boleh solat ngan mama n papa. jgn tinggal solat ye yang bile besar nanti. jadi anak soleh. aminnn...

n especially bile lepas baca buku robert t. kiyosaki, mama tak nak amie jd rat race. study rajin2, dapatkan keje kat gomen, n stuck bayar tax, bills n expenses. duit utk menyimpan pun cukup2 makan or sikit tp akan digunakan utk byr roadtax or kete rosak. so mama akan educate diri mama dulu. n bile smpai umur 8, 9 thn, mama akan ajar financial planning sikit demi sikit. n get a happy life son! of course di jalan yg Allah redha. 

bak kate dr.fadzillah, nak cemerlang, kene cemerlang dunia dan akhirat. 

n adik, mama x pasti nk dok taska or amik bibik. bibik pun xde lg. so mama pun xtau. taska kot. tp rase cm nak tukar taska. g taska yg k.sue (jiran) dok suggest. tp die selesa kat sini. bincang lg dgn papa.

arini. membaca n belajar sajok.
Monday, November 5, 2012 0 comments

Musim hujan. Demam. Mesin Jahit

Musim hujan. 
Skrg jemur baju sume dlm rumah. oh lupe, papa yg jemur kain. why? sebab hal baju dari membasuh, jemur, angkat lipat n kemas ke dlm almari adalah keje feveret papa. beruntung kan kite.. hihihi.. n dari pagi, ptg smpai ke malam hujan.. hujan rahmat. 

Demam.
Kene hujan semalam. terus demam n sakit kepala. sangat2. td g klinik. doktor suh minum madu selain ubat yg die bagi. madu bgs utk batuk n saket tekak. 

Oh ade satu lg petua doktor bagi, kalau anak kita melecur or kene benda panas, letaklah madu. insyaallah cepat lega.

Mesin jahit.
Yeahhh.. mesin jahit dah smpai. mula nk beli g singer. RM800 la. yg boleh angkat sane sini. pastu cikgu jahit tu ckp, baik beli yg besar terus. sbbne takdelah jahitan kite lari n lagi kuat. pastu nak jahit langsir, jeans sume boleh. kalau singer tu x bape tahan. then, beli la jgk. 

Jenama Jack. RM1500. Boleh byr ansuran 5 kali. scholar belum masuk. so kene jimat2 ape yg tinggal. 

gambo dari en.google.
kamera rosak. bhgn memory card. so xleh nk amik gambo lagi. hp pulak, tertinggal kat johor, pastu suruh adik pos kan, sudahnye smpai skrg tak smpai2.. sah la hilang. inilah last time minta tolong benda besar dari die. ape pun x boleh.

tgh sakit kepala. sakit perot lagi segugut. yg bestnye, en.suami menunjukkan keperihatinan yg sgt tinggi! lg la kite berlemak2 katak. hahaha... x penah2 caring, tp now, sgt caring. siap nk amik half day tp x bole sbb ade emergency meeting. tapi at least die balik n bawak g makan tghari memandangkan kite hanye mampu terbaring sajok.

dah belajar buat kurung biasa n kurung pahang. esok tudung n telekung. ok, bye.
Thursday, November 1, 2012 0 comments

Jumpe gambo mase tunang dolu-dolu

lain sgt. mase ni cerah. xde jerawat. xdelah segemok skrg. huhuhu...


boleh tak kurus balik.. kurus sikit pun jadilah.. huhuhu...
 
;