Tuesday, January 15, 2013

Tip Diet: Kebaikan Minum Green Tea

Tengah diet kan.. so kite nak share la sikit pasal diet2 ni.. mesti korg penah dgr kan pasal green tea ni baik la, ape la, bla la bla la.. tp tak penah amalkan. kan.. kan? hehehe.. same here..

ok... cite sket. beberapa bulan yg lepas kite try consume herbalife. tp stop sbb sudah tidak mampu disamping taknak masuk group dieorg. nak beli jek. tapi still mahal. tapi.. benda plg kite suke teamix dieorg.


Teamix ni sgt sedap. Wangiii bau hibiscus or lemon. minum jek rs panas badan tp kejap jela. still harga tea ni ratus2 utk 50gram or 100gram. logik? disebabkan mahal dieorg suh minum sikit2 je kan.. hahahaa...

ok. disebabkan itu, kite pun carikla kaedah lain.. nak teh yg sedap, baik, n wangiiiii...... then jumpe la.. green tea kat bawah ni. Jenama Dilmah. Beli kat Tesco Nilai. RM8 hinggit jek! compare beratus2 tadi? huh.


Brand Dilmah. Import dr Sri Lanka. Halal. RM8 hinggit jek.
Yg ni kite pilih with Jasmine Petals. Baunye mak aii, wangiiii mcm teamix tuh la.. rupenye boleh jek kite dpt yg murah. ade 20 tea bags.  Yg lain byk jek tp sebab cap 'cha ya nun alip', so taknak la kan. mane tau anjing2 kat kilang dieorg. huhuhu... lagipun dah ade yg halal. why not?

Cara Minum:
  • 1 tea bags tu letak dlm gelas, pastu tuang air panas, suam. (letak ais kendian) Rendam jgn lama2, tarik2 tali tea bag die, ada warna teh die kuar terus letak dlm bekas kecik yg lain.
  • Sebabnya, 1 bag tu leh pakai smpai 4, 5 kali smpai hilang warna n rasa.
  • Sebabnye jugak, korg tak nak minum rasa die yg pekat dan sgt pahit yg amat! argh, aku la tuh.
  • So biar die rase light2 gitu jek. Simpan tea bag td dlm peti sejuk. Nak buat leh guna lagi.
Digalakkan minum 3-5 kali sehari. Takde cirit birit tau. Boleh minum sejuk or suam2 or panas. Letak ais pun sodap. Tapi biase kite biar jek die sejuk dulu, pastu baru minum.


So cite sikit kelebihan green tea ni.. banyakkkk sgtt... tapi kite tulis 7 sebab kebaikan green tea ni ek:
  1. Membunuh Lemak yg Hebat! Sebab die ade bahan aktive EGCG, boleh tingkatkan pembakaran lemak dlm badan. 
  2. Target Lemak kat Perut! Ya, ibu-ibu, mesti mempunyai masalah cm kite iaitu lemak kat perot. huhuhu... So ada kajian kat Tufts Universiti menerangkan bahawa EGCG dlm green tea tuh, sgt aktif membakar lemak kat perut dan meningkatkan penurunan berat badan sebnayak 77%!
  3. Sentiasa stabilkan tenaga dengan seimbangkan tahap gula dlm darah kita. Die improve insulin dan berita baiknya, ia mengurangkan kelesuan, kepenatan fizikal n mental n.. n.. n.. mengidam makanan yg tak sihat! 
  4. Antioxidant. Membunuh sel kanser paru-paru, kanser prostate, kanser n byk lagi la sbb die bunuh radikal bebas dlm badan kita. radikal bebas dlm badan yg boleh bawak penyakit2 serius mcm kanser, arthritis, diebetes.  Ni bgs utk perokok nih. Nasib suami n famili tak isap rokok. 
  5. Kurangkan Kolestrol. Ia boleh kurangkan kolestrol jahat dan menaikkan kolestrol baik dlm badan kita. so bile kolestrol kurang, kite tau perjalanan darah kita baik, so hati kite pun baikla kan...
  6. Menghalang pereputan gigi. Kajian ckp die ade antioxidant 'Catechin' yg boleh bunuh bakteria n virus yg boleh menyebabkan jangkitan tekak n caries kat gigi.
  7. Berita baik utk kaum pompuan. Green Tea boleh mencegah kulit rosak n kedut-kedut! Anti-Aging gitu. EGCG kelihatan jadi 200 kali ganda lebih kuat dan hebat dari Vitamin E! So die mcm anti-aging la gitu. haaa. takyah nk consume Vitamin E lg.. eh, bile lak aku makan Vit E. 

So balik ni, sila la beli green tea. hihihi...

15 comments:

Nur Afrina Binti Abdul Malik said...

taruk ais x pe kan...x menggagu fungsi2 green tea tu kan....?

arnie said...

boley. akak pun biase letak dlm peti sejuk.

acidyus said...

Bukan klo simpan uncang tu boleh menyebabkan bakteria ke?? Sy merujuk pd laman web kesihatan yg lain...dimana tidak digalakkan simpan uncang kerana bakteria dan xnk jejaskan khasiat teh mestilah diminum pada suhu 65 darjah celcius...suam...sekian..sekadar perkongsian.

farra8979 said...

thanks for d info... ^^

arnie said...

sy ade baca jgk kalau simpan uncang akan ade bakteria. tapi itu kalau kite simpan kering. cara simpan uncang, letak dlm bekas air n letak dlm peti sejuk. sikit jela supaya uncang basah.

farra: wc =)

Mama Lynd said...

Hais.. Nak try la green tea Dimah tu.
Sekarang try BOH.
Azab tol nak habiskan 1 cup.
Cabaran langsing punya pasal.

arnie said...

chayo! diet jgk ye. cehh.. pandai bg advice. hehehe..

Anonymous said...

Nk tny.. tesco nilai dekat dlm tesco ke kat gerai kat luar 2

arnie said...

dalam tesco tu dik.. bukan kedai luar2..

DidoStudio said...

saya pn mmg amalkn green tea.. jugak.. mmg brand ni gak n flavour yg sma :).. dh tinggal 1 uncang je lg.. td gi shopping beli green tea gak tp brand BOH.. saja nk try yg lain lak.. :)

arnie said...

BOH pun sedap.. yg penting halal dan berpatutan harganye kan... =)

farah atika said...

i bru cuba dilmah jasmine tea. oh my. wangi gila. x tertelan. haha sbb i slalu minum pure punya

Azie Yus said...

Saya baru nak start diet...tmbhan dgn green tea...td kat Jusco Sban 2...dh jumpe Dilmah green tea...tp tgan ni ambil BOH plak..huhu..xpe..next time.ambil Dilmah...nak try

Nisa Raouf said...

Terima kasih atas info.. Sy pun baru try Lipton Green Tea...tgh usaha membuang lemak di perut.. Hehehe

ayuni asrina said...

Kalau saya minum Green Tea Pokka yg kat pasaran tu sama tak sis ?

Post a Comment

 
;