Wednesday, March 6, 2013

Antara jihad dan syahid. Apa yg kite kejarkan?

Jihad?
Jihad ni maksudnya 'berjuang bersungguh-sungguh'. Orang yang berjihad digelar 'Mujahid'.

Mati Syahid?
Siapa yang berjuang bersungguh-sungguh membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid

Orang mati syahid itu tidak akan tidak mati:
Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
'Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki' (A-li’Imraan 3:169)

Firman Allah lagi,maksudnya:
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

Orang mati syahid juga boleh memberi syafaat ke atas keluarganya (oleh itu jgn takut dan menangis jika keluarga kita ingin berjihad dan mati syahid):
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Tidak semestinya kita mati dibunuh
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
Nabi Muhammad bersabda: 'Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya' direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai dan Ibnu Majah.

Kenikmatan dan kelebihan syahid:
1. Diampunkan semua kesalahannya. (apa lagi yg kita nak selain diampunkan semua dosa kita kan)2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur. (yg ni pun sgt menakutkan dan mereka ini akan selamat)
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu; diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, melihat tempatnya di dalam syurga, dilindungi dari azab kubur - dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar, merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari (Ainul Mardhiah), diiperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Nabi Muhammad bersabda: 'Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun' direkodkan oleh Tarmizi.

Ganjaran besar bagi pengawal kubu Islam
Rasulullah S.A.W bersabda: 'Mengawal kubu Islam sehari semalam kerana Allah adalah lebih baik daripada puasa sebulan dan sembahyang pada waktu malamnya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengawal kubu Islam, matilah dia sebagai seorang yang berjihas dan dibawa rezekinya dari syurga serta aman dia dari fitnah' Direkod oleh Muslim daripada Salman al-Farisi.

*** Tapi untuk akhir zaman, Rasulullah pun pernah bersabda:
'Kebaikan generasi pertama umat ini adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan'

Bila cakap pasal bakhil, Rasulullah pernah jgk bersabda:
'Seburuk-buruk sifat yang ada pada lelaki adalah kedekut kerana takut miskin dan lari dari medan peperangan' direkod oleh Abu Daud.

*** Dan menakutkan jgk apabila kita tak pernah walau bercita-cita untuk mati syahid:
'Barangsiapa mati padahal dia tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat hendak berjihad, maka matilah dia seperti jahiliyah' direkod oleh Bukhari dan Muslim.

Generasi kita mmg kuat berangan. byk baca novel melayu, tgk cite twilight, ops! huhuhu... n lelaki kedekut tuh, hmm... kene pesan selalu ni.. n kite semua mesti taknak mati sebagai jahiliyah kan, so at least kita simpan cita-cita untuk syahid.

Cerita dari seorang ustaz yang ke Gaza
Ingat tak, yg 9 orang Turki terbunuh kat sebuah kapal yang disertai orang Malaysia, 2 tahun lepas kalau tak silap. ustaz ni bg ceramah kat UPM. so kite ade attend sekali mase tuh. die kate, die kenal orang2 yg syahid mase malam kejadian tuh.

Orang turki mase tu kat deck atas sekali, orang Malaysia kat bawah sekali. sebab kecik kot, so dieorg suh duduk bawah. Masa malam tu, ustaz tu ckp, selepas kapal tu ditawan, dieorg kene naik atas la kan.. Sekali dieorg bau, masyaAllah, wanginyeee.. bau ape ni..

Barulah dieorg perasan beberapa mayat bergelimpangan.. darah tak berhenti2 mengalir dr tubuh dieorg.. pastu die cakap, 'hanya orang yang dipilih sahaja yang dapat mati syahid'. dan orang2 yg syahid pada malam tuh, ustaz tu ckp, al-quran tak pernah lekang dari tangan. kalau nak solat subuh tuh, ustaz tuh dtg awal, tp dieorg dah ade, lg awal kat tempat solat. dan org2nye sgt peramah dan sgt baik. itulah, org2 yg Allah pilih termasuk seorang budak 19 tahun (kalau x silap). dan katanya budak tu adalah seorang hafiz, penghafal al-quran.

Dan bila kite baca cerita Khalid Al-Walid, yg mendapat gelaran pedang Allah, dia tak mati di medan peperangan, dan beliau menangis semasa sakit apabila mengingatkan ajalnya akan tiba di atas katil. Apabila Yazid bin Sufyan datang, beliau selak kainnya, dan memperlihatkan betapa tidak ada seinci pun kulitnya yang tidak berparut. Beliau pernah kene tombak, kene anak panah, minum racun yg plg berbisa apatah lg mata pedang, tetapi beliau tidak mati di medan perang. Sebab beliau adalah pedang Allah, setiap peperangan akan dimenangi, sbb tu ramai sahabat kata beliau tidak boleh mati di medan perang, sbb itulah doa Rasululllah.

tapi bg kite, die tetap syahid. sehebat namanya.


No comments:

Post a Comment

 
;