Monday, March 25, 2013

Resepi: Creamy chicken mushroom pasta & grilled meatballs

lame dah x share resepi. resepi ni, k.shila yg satu kelas master kat ukm dulu yg ajar. dielah cikgu western food. tanpa die, kite takkan cuba makan apatah lagi masak western food. mase tu, balik2 spageti bolognese dgn chicken chop.. mmg x berkembang.

then,. kite modified kebanyakkan recepi die. but still, the main recepi from her. x kesah la die dpt dr mane kan. hehehhe..


Ini antara main ingredient die. kite guna brand Campbells mushroom cream. Brand lain cam brand Vono, x sedap n x bape pekat. Boleh jek amik yg chicken cream, chicken mushroom cream or byk lagi la kan.

Disebabkan papa ade kholestrol yg agak tggi, so tumis menumis kite guna minyak sunflower or corn, yg zero kholestrol n karbohidrat.

Bahan-bahan:
1. Pasta 1/3 dr bungkusan sederhana yg biase dijual, utk 4 org makan. Kalau nak cuba2, masaklah 1/4 jek dulu. (apa2 jenis pasta tp kite guna Elbow Macaroni Pasta, dipanggil elbow sbb mcm siku kite)
2. Campbells Mushroom Cream (1 tin).
3. Green capsicum (1 bijik) dipotong dadu n kecik2.
4. 1 tin cendawan butang. Kite guna separuh tin jek. Dihiris tebal atau nipis ikut suka. 
5. 2 bijik bwg putih dipotong dadu.
6. 1 biji bawang besar kuning dipotong dadu.
7. Meatballs (Beef) brand Ramly.

** x payah letak garam sbb cream tu dah manis n sedap.

Cara:
1. Didihkan air + sedikit minyak utk rebus pasta. dlm 10 minit jek, tgk dah masak n kembang (jgn kembang sgt), boleh tutup api, dan tapis air. (mcm masak spageti).

2. Panaskan kuali n minyak, masak capsicum dahulu, jgn terlampau masak. kite kacau2 n boleh rase mcm dah layu sikit, boleh keluarkan. (ni tip dari k.shila, sbb kalau capsicum ni keras, x sedap, biar la kite makan lembut sikit)

3. Tak perlu buang minyak tadi or tutup api. Terus tumis bawang putih n bawang besar smpai layu. 


4. Masukkan capsicum dgn cendawan. Kacau sekejap utk sebati. dlm 2 min jek.

5. Masukkan pasta n cream. Gaul sebati dlm 2, 3 minit. Tutup api. Jgn lame sgt, nanti cream tu kering. Siap d pasta! Pastikan api perlahan mase ni, taknak cream kering sgt.

(Gambo dr en.google) Yeahh Ramly dah buat meatballs. In Shaa Allah, Halal. n harga pun lebih kurang jek dgn meatballs yg lain, tapi meatballs Ramly lg banyak. 800gram utk harga yg same dgn brand lain yg jual 500gram jek. Nak buat sendirik boleh, tp malas. huhuhu..

6. Panggang meatball Ramly ni, kite guna dlm 12 bijik jek. Tanpa minyak.


7. Then, boleh la hidang n menjamu selera. Feveret Arief n Faheem. Yummy! Meatballs dah berkurangan disebabkan dimakan begitu sahaja oleh arief dan apak nye.
Selalu kalau jumpe dietatian, dieorg akan sarankan kite makan pasta in stead of nasi. Kurang sikit karbo nye. 

** Boleh jek tambah tuna or isi ayam. kreativiti sendiri. (^_^)v

Siap dlm 30 min jek. 

2 comments:

ʓƲНΑΙЯΑН a.k.a adk zue said...

goreng meatball tue mmg tnpa myk ker??
then api cmne??sederhana or cmne??

arnie said...

haah dik. akak grilled tanpa minyak dgn api perlahan. just balik2 kan meatballs tu.

Post a Comment

 
;