Tuesday, April 30, 2013

Arief yg blur g camping, mama excited nak g kursus Raising young khalifah!

arini arief g camping kat hulu langat. mama n papa yg excited. arief die tak faham ape itu camping. so blur jek. hahaha.. 

balik, siap ade medal, 1st prize. semua budak dpt. just kategori jela kot berlainan. bijak teacher2 ni nk amik hati budak2. hehehe..

siap mandi sungai! pastu kene pacat. kuang3x.. balik je rumah, terus tido. penat sgt la tuh.

Bagus kan tema die. Allah is with me. Everywhere. Smoga Arief faham kebesaran Allah. Aminnn..
Esok, kite pulak g kursus. tak sabo! papa bakal dok rumah utk jaga anak2..
RM170- sbb g sorg. sorg jek? sanggop! See.. ramai sgt yg ade. Pn.Lina, Wardina, Imam muda Asraf (Ensem!!! huhuhu). Ustaz Zaharuddin pun ade. yg lain, x kenal lagi.
Memang excited sgt nak pegi bile tgk tajuk2 yg dieorg akan share. Sbb mmg nak sgt tau cara mendidik anak2 kite, utk solat, ibadah, tauhid.  at the same time, bijak ilmu dunia kan..

Ni topik2 yg akan dikongsi. 'mama, mana Allah?' satu dua soalan, boleh lg dijawab..
 kalau nak tau lebih lanjut, ni website die: http://www.raisingyoungkhalifah.com/

Anak ni amanah. bagi kite, kene ade ilmu untuk mendidik anak. bukan main serah kat tadika n sekolah jek. ibu n bapa yg patut memainkan peranan. cikgu2 tu cuma membantu. kesian dieorg. so, selain g kursus, ceramah kite boleh bertanya n membaca buku or blog.

"Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang yahudi, nasrani dan majusi" Hadis riwayat bukhari dan muslim.

Soalnya, kenapa Rasulullah tak sebut "Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang Islam, yahudi, nasrani dan majusi" Kenapa tiada Rasulullah sebut Islam?

Fitrah = Islam. Islam = Baik.

Jadi, jika ada orang kata, kita jadi baik seolah2 hipokrit, salah! jadi jahat adalah hipokrit!

Rujukan- Buku 'Untuk kita pendosa, harapan selalu ada' oleh Hilal Asyraf. Buku ni, sangat bagus. kalau boleh beli la, RM18 je. Ilmu yg die tulis, SubahnaAllah, sgt menusuk n banyak.


Perasan atau tidak, Rasulullah kate, kita. Ibu bapa yg memainkan peranan, anak tu akan jadi apa besar kelak. Amanah. Besar tu. 

hmm.. ujian dari TPM lagi. ade jek lg dokumen yg dieorg nak. stress, dah la tak letak kat checklist. ingat Uitm tu sebelah rumah kite agaknye. sabar jela.. ujian.. huhuhu.. nantilah..

No comments:

Post a Comment

 
;