Thursday, May 2, 2013

Perkongsian Kursus Raising Young Khalifah - Part 1

Atas permintaan.. kite akan share sedikit sebanyak ilmu yg kite dpt di Rasing Young Khalifah. 

Keseluruhannye. Penceramah2 yg dtg, semua hebat2.. kelakar, sempoi, berilmu, dan bijak mengambil perhatian penonton supaya tak boring. Masa dari pagi sehingga 7 malam, dgn slot yg sgt bermanfaat, dan kite akan rase betapa cepatnye masa berlalu. 

1 jam rase mcm 15 minit, sbb mcm banyak lagi yg kite nak tau, nak dengar n nak lihat. Kite sanggop dtg jika kursus ni dibuat even utk 2, 3 hari! terasa dan faham sgt makna ayat 'dahagakan ilmu'. sangat.

Adalah yg lebih baik, untuk mereka yg dtg suami n isteri. Ini kerana mendidik n membesarkan anak ini, melibatkan kedua2 ibu dan bapa. Beberapa ustaz, ustazah juga menegur kaum lelaki yg kebanyakkan hanya menyerahkan anak2 kpd isteri. Sedangkan itu tanggungjawab mereka. Oke.

Oh ye, sorry gambar tak elok. amik guna hp. bengong kan, beria charge bateri kamera dari malam ke pagi, pastu x bawak memory card. terpaksa guna hp, dgn pixel pun pecah2.. huhuhu...

Oke. Kite start dgn penceramah pertama. yg tak sangka nye, kita akan berjumpa dgn penulis buku 'Kuasa Kepimpinan Al-Fateh" iaitu Muhammad Syaari Abdul Rahman. Die ni lah penulisnye. Kelakar orgnye. Teringat joke die, mesti gelak sorg2. hahaha..
Sesiapa yg ade buku Sultan Muhammad Al-Fateh oleh Pak Latif, buku yg ditulis oleh Ustaz Muhammad Syaari ni, jauh lg terperinci dengan fakta dan sejarah dari awal keturunan atok moyang, iaitu kepimpinan sebelum Muhammad Al-Fateh. Bezanya, buku pak latif, lebih ke arah penceritaan kisah Muhammad Al-Fateh tu, dgn dialog2, seolah2 bercerita. Jadi, terpulang kpd pembaca. Dua2 pun bgs.

Ni buku die. belilah. sgt berbaloi n murah. RM19 jek. Details dari zaman sebelum sultan muhammad smpai lah didikan bapanya, guru2nya, ilmu2 yg die pelajari sehingga kemenangan yg die dapat.
Rupanya, Muhammad syaari ni, die tgh buat master mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh. Die mengkaji sehingga ke Turki untuk mencari bahan2 bukti dan peninggalan sejarah. Beliau lihat, rakam dan tunjuk kepada kami, kawasan2 sejarah. Sangat mendebarkan sehingga menggemparkan seluruh dunia pada ketika itu.

Dan apa yg kite perlu tahu, ketika Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Konstantinopel, beliau hanya berumur 21 tahun. Sangat Muda. Apa yg kite buat ketika berumur 21 tahun? Uhuk.. terbatuk sat. Ya, ade sebab kenapa dia muda. Dalam Al-quran pun banyak cerita tentang pemuda.. (Ade kat dlm buku die, x larat nk tulis)

Ada sebab kenapa Rasulullah bersabda, "Akan datang orang yg menawan Kota Konstantinopel itu adalah dari pemimpin sebaik-baik pemimpin, dan tentera sebaik-baik tentera"

Tentera die, masyaAllah, mmg sanggop buat apa saje yg diperintahkan oleh sultan ketika itu. Sultan yg tak pernah meninggalkan solat hatta solat2 sunat sekalipun. Apa yg diceritakan oleh Muhammad Syaari, tentera beliau mempunyai semangat disiplin yg sangat luar biasa. 

Mereka dikatakan seolah-olah dapat memintas masa, dimana telah memindahkan 6 biji meriam gergasi dgn kekuatan masing2 dlm mase 6 mggu sahaja! kalau tgk sendiri kawasan yg ditunjuk, mmg x sangka. Berbukit bukau. Mane ade highway? How?

Pada zaman tu jgk, tak pernah dieorg tgk senjata yg begitu canggih. Itulah antara sbb dikatakan memintas masa, sbb senjata itu adalah senjata yg digunakan pada kurun ke-20, sehingga kini. padahal pada kurun 15, dieorg dah guna. Dibina oleh seorg non-muslim ye, mase tu muslim n non muslim bersatu nk jatuhkan kerajaan yg zalim tu.

Akhirnya, dieorg dpt memecahkan tembok darat yg dikhabarkan pd ketika itu, paling kebal di dunia dlm mase dua minggu sahaja. Pada mase itu, kerajaan Byzantine yg memerintah Kota Konstantinopel sebab faktor yg amat strategi antara dua benua, asia dan eropah. kota yg terkaya dan termakmur. 

Sehingga Napoleon Bonparte menyebut "Apabila dunia menjadi sebuah negara, Konstantinopel adalah yang paling layak menjadi ibu negaranya". Dunia oke. dunia! jadik negara! lagipun, kota ni lah jgk yg menjadi musuh utama Islam yg selalu merancang strategi untuk menjatuhkan Islam.

Pastu disusuli pula keajaiban dgn kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh, memindahkan 72 buah kapal dari laut ke darat dalam satu malam! Kapal berlayar di atas bukit? Pemimpin apakah itu? Tentera yg bagaimanakah itu? 

Sultan Muhammad Al-fateh menulis sajak (From Islamic Parenting Network):
Niat saya adalah patuh kepada perintah Allah.
Azam saya ialah mengalahkan semua orang kafir dengan tentera saya iaitu tentera Allah.
Fikiran saya tertumpu kepada penaklukan, kemenangan dan kejayaan dengan kehendak Allah.
Jihad saya dengan nyawa dan harta. Dunia ini tiada nilai lagi selain patuh kepada Allah.
Keseronokkan saya adalah perang, dan terus perang beribu-ribu kali untuk mencari kerehaan Allah.
Harapan saya adalah semoga memperoleh bantuan Allah dan empayar ini menguasai semua musuh Allah. 

Sultan Muhammad mmg suka berpidato, bersajak dan berbahasa. Ramai paderi setuju menandatangani perjanjian sebab membaca ayat2 yg indah yg menggunakan bahasa mereka sendiri, bukan bahasa turki. Di sini, menunjukkan beliau pandai mengambil hati orang dgn penggunaan bahasa.


Asalnya, beliau adalah anak no 3. jadi awalnya, beliau bukanlah org yg akan menjadi sultan. sehingga syeikh memberitahu Sultan Murad II, bahawa bayi yg dlm buai itu yg akan menawan konstinopel. Dan dari hari itu, Bapanya sultan murad, di menggelar dan memanggil2 anaknye, Al-Fateh yg bermaksud 'Sang Pembuka' dari baby lagi. Kuasa gelaran dari kecil oleh bapa.

Dari pencarian Muhammad syaari, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya sebab dari didikan awal, dibesarkan dengan gelaran 'you are the opener'. Ibunya mmg dengan kasih syg. Tapi peranan bapa yg walaupun sibuk menguruskan negara, die masih mendidik dgn disiplin. Dia tonjolkan keseriusannya utk pendidikan anaknya itu. Dan memilih guru2 terbaik pd ketika itu untuk mengajar dan mendidik anak2 nye, dari segi kejuruteraan, psikologi, bahasa dan apatah lagi agama.

Al-quran tekankan peranan ayah kepada anak;
- Kisah Nabi Ibrahim dgn Ismail, semasa Allah menyuruh Nabi Ibrahim sembelih anaknya, Nabi Ibrahim bertanya pendapat anaknya terlebih dahulu, tidak terus menyembelih. Ade hikmah kenapa Allah state pertanyaan itu, di mana seorang bapa bertanya dan mendengar pendapat anaknya (From Saiful Islam).

- Kisah Nabi Yaakob, yg dilayan oleh anak-anaknya yg menipu dan khianat kepada beliau. Dikatakan Yusuf dimakan serigala, padahal di campak ke dalam perigi selama berpuluh tahun sehingga hampir buta. Tetapi, ade hikmah, walaupun anak2 beliau melakukan khianat, tp takde sorg pun anaknya meninggalkannya. Mereka masih menjaga bapa mereka Nabi Yaakob. See. Didikan bapa kpd anak2, walaupun nakal masih setia. 


-Surah lukman yg menasihati anaknya. Baca semula. perhatikan, perkara pertama lukman pesan adalah mengenai Tauhid. Jangan sesekali mensyirikkan Allah dgn sesuatu.

Belilah buku yg ditulis Muhammad Syaari. Banyak yg die ceritakan termasuk hikmah2 bagaimana Sultan ini menepati hadis Rasulullah S.A.W.

Bapa Sultan Muhammad yg tegas dikatakan memainkan peranan penting. Begitu jgk ibu die yg selalu cakap kat die, bahawa die akan jadi sang pembuka. yg akan membebaskan kota tersebut. See. Ibu bapa. Bukan ibu jek.

"The attitude that you have as parent is what your kids will learn from, more than what you tell them. They dont remember what you try to teach them. They remember what you are. ~ Jim Henson

Bawah ni, Muhammad Syaari punye video bagaimana Muhammad dididik dan dibentuk sehingga mampu menawan Kota Konstantinopel..




No comments:

Post a Comment

 
;