Saturday, July 13, 2013

Cara buat ikan terubuk masin (handmade)

Setelah 4 hari kami tanpa internet, hari ni, baru boleh online semula. semua gara2, area kawasan rumah kami, kabel bawah tanah telah pun dicuri. bulan puasa pun buat keje jgk oke! smoga die dpt hidayah. aminn..

oke. now nak share 'Cara membuat ikan terubuk masin' atau org pahang panggil 'ikan masin jeruk'. ape2 la, tapi yg penting, ianye masin dan basah, bukan yg kering ek. terubuk, haruslah masin dan basah. ala2 sarawak gitu.

haritu kat giant offer. 2 ekor ikan teruk RM8 sajok. terus membeli gara2 mmg teringin sgt nk terubuk masin ni.. nk g sarawak, hhuhuhuhu.... so the idea, buat sendirik.

then, resepi, kite dptkan dr suami kakak ipar. die mmg terer masak2 kampung ni. so, ikan masin ni, mmg die biase buat sendirik. tempoyak ke.. ntah ape2 la masakan kampung, expert. walaupun die lelaki. hebat!

senang sajok. 3 cara jek.

Caranya:
1. Mula2, siang ikan tu, tak payah buang sisik, sbb sisik die sedap bile rangup2. bersihkan dlm sebersih2nye. then, korang belah dua mcm gambar kat bawah.

atas belah kanan tu, ikan terubuk yg belum dibersihkan. gitula rupenye. then yg yg dah terbelah ni, dah dibersihkan. bersih2 punye.

2. Pastu, boleh la lumur garam belah bawah ikan yg bersisik (guna jek garam ape yg ade, kiteorg guna garam bukit halagel, mmg garam ni jela yg kite guna). Tabur jugak garam kat dalam bekas tu. Pastu letak ikan. Lumur garam atas ikan tu pulak.

**ikan tu takyah keringkan. biar jek die basah2.. tapi jgn basah sgt. lepas basuh tu, boleh jek terus lumur garam.

3. Letak beberapa keping asam keping, 2, 3 dah cukup. (kite punye asam keping kecik2, tu yg letak cm byk kan). Lepas tu baru letak ikan lain, n lumur lagi garam atas ikan tu.

garam bawah --> ikan --> garam atas --> asam keping --> ikan kedua (siap2 lumur garam bawah ikan kedua) -->  garam atas ikan kedua --> asam keping
 3. Tutup bekas dan simpan dlm peti sejuk selama 2 hari. Boleh la basuh sikit2, xpe, mase ni, garamnye dah xde, dah diserap dlm ikan. buang air yg dlm bekas. Siap! Boleh terus goreng n dimasak!

** kalau nk simpan pun boleh, just keep buang air die jela tiap dua hari.. Senang sajok kan...

Ini yg kite potong kecik2 n digoreng rangup. Serius membuka selera. Rase lemak terubuk n masin yg tak terlalu masin. Sodap! (pujik sendiri, muahahaha)
Sorry gambo tak clear.. dari hp.. huhuhu..

Selamat mencuba! takyah g sarawak uolss!

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa letak asam keping... Ada apa-apa beza ke kalau tak letak?

arnie said...

Org pahang letak, sbb die nk bg ala jeruk, masam sikit.. tak letak pun xpe..

Post a Comment

 
;