Monday, June 23, 2014 0 comments

Akikah Faheen n Fateha

Lama tak tulis.. nak tulis asyik tak sempat jek.
Busy la konon kan.
Mmg busy..
Asyik kene balik malam jek nak siapkan eksperimen.

Oke. Sabtu lepas. kiteorg buat akikah.
Fahmi dah 2 kambing kat johor.
Faheem - 1 kambing masa ani kawin. 1 bhgn lembu, sabtu yg lepas.
Fateha - 1 bhgn lembu, sabtu yg lepas.

Fahmi n Faheem masing2 ade satu bhgn, atok yg akikah kan.
Susah nk ckp since dieorg mmg suke buat kenduri n sedekah.
walaupun dah bersara, gaji tggl separuh, lg galak pulak kite tgk dieorg bersedekah.
n rezeki pulak tak putus2.
mak cakap, 'ala, duit nak bawak ke mana punnnn'.

Oke akikah.
Buat kat Pekan.
Bersama baby adik ipar, Mira. Boy. Qalish Iman Mikhael.
Sangat kuat menangis. Suara serak basah gitu.  Hidung sgt mancung mcm apak die.
Kecik jek dibandingkan dgn fateha. hahahaha..
Fateha bam bam.

Tadaaa... Ini budak suka tarik rambut abg die especially bile bgn tdo. Pastu rambut cacak tak hingat. heh.


Ini die. Qalish n Fateha. Ade buai tp utk Qalish jek. Majlis ni pun mcm utk Qalish jek. Tp xpe. Yg penting kami ikut sunnah selagi boleh.

Her day turn as Princess la konon. hahaha.. nak masuk 6 bulan dah, berat 8.3kg! hahahha.. nenek ( mertua) sggp belikan baju gaun ni. die pakai nangis2.. masa keluar semua org geram tgk die. tembam dlm baju princess! Muka nangis, air mata tak keluar.

Kejap je nangis since die mmg suke senyum n ketawa gini. Untung dpt die ni, tak byk nangis, tak byk ragam. Walau ade bibik, nampak mama, mesti nk mama, siap pusing2 badan kepala, depang tgn n merengek suruh mama angkat die. So sape kate kalau ade bibik, anak tak nak dgn anak. ceh.

Lagi satu.. Fateha lagik. Best dpt anak pompuan. I Loike!

Gini la pulak gaya si abg-abg.

Nak suh bergambo mcm nk suh berperang. Penat sgt. Tak reti diam. Haishhh..

Tumpang buai qalish kejap.Kejap jek gaun tu. Panas sgt. Sian die tak selesa.

Ni sebahagian lauk kenduri kat Pahang.

Ade dua masakan daging aritu. Rendang n Kari. kari die sedappppp... Dieorg mesti ade ikan goreng, biasenye ikan kerisi. N mesti ade Ikan kering (ni ape jenis). Dua ikan ni almost wajib kat Pahang ni.

Itulah. Majlis Akikah.
Ade jgk yg marah, annoying, memandang tak best bila di mana, kite tak bagi fateha utk cukur jambul masa marhaban.

Kite just buat apa yg Nabi buat, Nabi tak buat kite tak nak lah.
Semua org marhaban tu akan cukur rambut anak kite n renjis2 air mawar semua kan..
Kalau tak, dieorg nk letak dlm kelapa lagik. tp kite dah pesan awal2..
Majlis ni kite buat sebab nak pahala, jgn sampai dpt dosa. Ayat selembut yg boleh.
Cukuplah buat masa fahmi dulu. Jahil sgt. Now, bila ilmu dah ade di dada, kite pertahankan lah.
Nak elakkan bidaah dlm akikah.
Lagipun Fateha dah digunting rambutnye sikit lama dah, itu dah dikira cukur la sikit kan.
Cukupla. kalau potong sikit2, nanti kene botakkan pulak. Oh nooo!! Tak omey...

Alhamdulillah. Semua berjalan dgn lancar n baik.

“Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak pernah kami tunjukkan, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)

Oleh karena itu, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Dan jika kalian mentaatinya niscaya kalian akan mendapatkan hidayah.” (An Nur: 54)

Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah berkata: “Jika kalian mentaati Rasulullah S.A.W nescaya kalian akan mendapatkan petunjuk ke jalan yang lurus, baik dlm percakapan mahupun perbuatan. Dan tidak ada jalan untuk mendapatkan hidayah melainkan dengan metaatinya, dan tanpa (mentaatinya) tidak mungkin (akan mendapatkan hidayah) bahkan mustahil.” (Tafsir As Sa’di, hal. 521)


Bahaya kan.... Nak ke kalau anak kite tak dpt hidayah? Mustahil dpt hidayah? Minta dijauhkan.
 
;