Saturday, February 7, 2015

Cuti-cuti di Banting: Part 1

Ada apa di Banting?

Hehehe.. mmg nak sgt bercuti. maklumlah, tahun lepas bercuti pun sekali jek kat cameron.
tu pun bulan 3 tahun lepas.
so mmg nak sgt jalan2..
n kene carik tempat yg dekat jek..
sbb ade plan nk bercuti jauh sikit. insyaallah. so, kumpul duit since nk bawak ramai.. =)

Then. kite decide g banting.
Mula2 nk gak beli groupun Gold Coast Morib.
Tapi disadvantage kpd kami, kami perlukan 2 bilik sbb bawak bibik sekalik.. n 2 malam..
Jadi hotel yg xde apartment, disadvantage.

Bayangkan satu bilik RM250. 2 bilik dah RM500. 2 malam RM1000.
Tu utk bilik jek. belum jalan2 n makan2, shopping2..

Then kami carik homestay.
Jumpelah homestay comel ala english, Sally's Homestay Cottage in a Cozy Village.
Website --> https://sallyscottage.wordpress.com/
2 malam baru RM380. Jimat RM620.
Siap boleh basuh baju n masak gitu.

Terima kasih kat en.suami yg sggp amik half day utk bercuti dgn famili. =)

Sampai pun kat Sally Homestay ni. Dari jauh nampak, kecik, comel jek.. dikelilingi pokok2 n kelapa sawit. Mmg kene masuk dalam kampung. Pagi2.. perghh mmg berkabus, amannn jekk.. sejukk... best.

Pintu masuk n ruang tamu

Bilik air (satu je, xpe, cukup jek) dgn bilik tido.

Dapur n pool. Ade pool tp kene tambah RM100. Mahal so kiteorg tak amik sbb baik kiteorg bayar utk mandi kat WaterWorld Gold Coast Morib.

See.. Siap basuh baju. Mmg hobi en.suami relate dgn baju.

First aktiviti kami ialah, Makan! Lapar mase ni.. Then kiteorg g Pantai Morib. dlm 20 minit.

Permandangan Pantai yg Cantik. Kat sini tak boleh mandi. Nak mandi kat sebelah kiri.

Anak Dara Papa okeh.

So, hasil blogging, dieorg suh rasa sotong bakar morib kat foodcourt area jek.

Kiri tu tahu bakar. Tak sedap. Maafkan saya... Sedap lagi tahu bakar JB. huhuhu.. Tp ade org kate sedap tau. So try jela, mana tau serasi dgn tekak korang.. n Sotong Bakar ni, pedas dan sedap. Pinggan besar tu RM20.

Ini menu kiteorg malam tu. Anak2 tak makan. Dieorg makan kerang n nasi kosong sikit jek. Maybe sbb penat. So kami yg tua lah melantak. Ade order pari bakaar tp parinye tak fresh, keras giler. tp yg lain, fresh! sedap kerabu sweet sour tuh. =)

Ni dekat Pantai Batu. On the way ke Tanjong Sepat. Breakfast kat sini. Cantik kan..
 
Oke. Kat Tanjong Sepat ni, ade byk benda tp non-halal mcm coffee n pau.
Jadi ade 2 tarikan ke sini. Dari homestay kami dlm 40 min la.
1. Kilang Cendawan Vita-Agrotech
2. Kuan Wellness Eco-Park.
3. Mula nk singgah Bakaugruv, makan kat situ, tp kenyang lagi nasi lemak pagi tadi. Lainkali la ye.
 
Sampai kat kilang cendawan nye. Ini je cendawan yg die tunjuk kat luar yg boleh kite tgk.

Pastu, of course pegi kat bahagian sales. wahh.. cendawan die murah. separuh harga. 250gm RM2.30. 500gm RM5.00. Cendawan putih, kelabu dgn jeli hitam. Kite beli tiga2 jenis. Ade byk produk sbnrnye, yg dieorg buat dari cendawan-based. mcm2 lah.

Tempat paling best utk anak2. Eco-park. hahaha.. lama kiteorg kat dalam ni.. eh, yg ni bangunan burung layang2.. sebelah die.

Kereta lama2..

Ini die. Masuk kecik besar semua RM3 aje.


Masuk2, rabbit semua bersepah. excited la budak ni.. belilah carrot, sebungkus singgit. Ade la beli dlm 3 bgkus. gmok ko arnab!

Nampak je berani. pastu menjerit fateha sbb arnab ni panjat die. punyelah nk makanan.

Arief petting the rabbit.

Lepas bg rabbit gmok, now bagi ikan gmok pulak.

Nak jgk bg makanan.

Sekotak makanan ikan RM3. Bagus die buat tempat ni.

Selain dua binatang tu, ade jgk burung2 dalam sangkar. tortoise, hamster..peacock sebesar2 peacock pun ade. tp semua dlm sangkar la.

Ni paling epik! hahahhaa... Amie kene lompat. Fateha bibik dukung n die kuarkan kepala sambil ketawa2.. Faheem buat muka pasrah jdk kura2. hahhaa
Pantai kat sini, kebanyakkan pantai bakau.
Jadi airnye berlumpur.
Tapi kiteorg mandi jek. Hahaha.. sambung part 2 ek.

3 comments:

Elaine Chew said...

Selamat bercuti !

Sila kunjungilah 5* villa (Villa 827) di A' Famosa Resort, Melaka untuk cuti cuti anda :)

www.villafamosaresort.com

Nadia Reza said...

macam menarik je bcuti kat banting.. jenjalan blog sis.. sambil folow.. n menabung..

LH lamanhilmi said...

Menarik dan thanks for sharing banyak info. Tengah survey tempat menarik di Banting dan rasanya sesuai nak pegi tempat2 ni nanti. - LH
www.lamanhilmi.com

Post a Comment

 
;