Wednesday, November 4, 2015

Al-kisah Sedekah dan Panjangkan Umur

Salam..
Arini.. kite nak share la cite yg kite dengar..
dari Ikim tak silap..

zaman dolu2..
zaman Nabi Ibrahim s.a. (kite punye version atau style bercerita k)

Satu hari.. datang malaikat maut ke rumah Nabi Ibrahim..
Pastu dia tanye.. 'siapa pemuda yang baru kamu jumpa tu?'

Pastu Nabi Ibrahim jawab, 'Oh, itu adalah sahabat merangkap anak muridku juga'.

Malaikat tanya lagi, 'Ada apa die jumpe kamu?'

Nabi Ibrahim pun jawab 'Die menjemput ke majlis pernikahannya pada hari esok'. 
Lalu Nabi ibrahim pula bertanya, 'Mengapakah engkau bertanya soalan tentang dia?'

Malaikat maut pun menjawab, 'Sayangnye, die akan meninggal pada hari esok pagi.'

Nabi Ibrahim terkejut, ingin saja die bertemu semula dengan pemuda itu untuk menyegerakan pernikahan die pada malam itu juga. Tetapi akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan, kematian itu merupakan rahsia Allah. 

Keesokkan harinya, Nabi pun datang ke majlis perkahwinan pemuda itu.. esok.. lusa.. minggu.. bulan.. sehinggalah pemuda itu berumur 70 tahun, beliau masih hidup! -untuk makluman, Nabi Ibrahim hidup 200 tahun ye.

Nabi Ibrahim pun jumpe dengan malaikat maut, 'Wahai malaikat maut, adakah engkau berbohong padaku 70 tahun yang lalu bahawa kau ingin mencabut nyawa pemuda ini pada keesokkan pagi?'

Lalu malaikat pun manjawab, 'Ya, memang aku ingin mencabut nyawa dia keesokkan pagi tetapi Allah menahan aku dari berbuat yang demikian'.

Kenapa Allah menahan engkau?

Kerana pada malam pernikahan itu, si pemuda itu telah pun bersedekah separuh dari harta kekayaannya. Sebab itulah Allah memanjangkan umurnya..


See.. dengan sedekah.. seperti hadis Rasulullah s.a.w boleh memanjangkan umur..
kalau korang sakit, mak ayah korang sakit, silalah perbanyakkan sedekah..

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah sendiri cakap ye, panjang umur, mencegah mati dlm keadaan teruk, hopefully kite semua dapat kematian dlm husnul khatimah, aminnn... dan menghapuskan sombong dan riak.. 

Ustaz tu kata lagi, ye semua dah tertulis kat luh mahfuz.. umur.. pasangan. rezeki..
tapi tak semestinya fix. Allah tetap bagi kelonggaran dan tempoh masa jika kite berusaha sepertimana kita mampu ubah rezeki kite.. kite boleh ubah hidup kita..
lagipun itu semua rahsia Allah.. selagi belum sampai masanye, kite boleh berusaha.




No comments:

Post a Comment

 
;