Sunday, November 13, 2016 0 comments

Rock Climbing & Abseiling at Gua Damai

Another bucket list checked.
Yeay!

Siap masak untuk lunch.
Terus ke gua damai, batu caves. waze je ye. 40 min dr rumah.
En.suami pun dah start jogging kan..
So, mase kite nak g tadi, die pun nak g jogging.
Bila die dah fit nanti, sangat tak sabar nak heret die daki bukit n gunung bagai kan. Heh!

Rock climbing ni, banyak tau bakar calori.
30 min je dah dekat 500 kcal burned.
Korang naik, korang tau la kenapa. Fuh!

Harganye RM75 je.
Kite join dr group hiking kat fb.
Since kite first time.. Banyak jugakla yg blaja arini.

Ni Gua Damainye..

As beginner.. kite start dengan yg rendah je la kan. Mula-mula tengok, ala rendahnye.
Macam senang kan. Crew tu mase naik nak pasang tali pun, nampak senang, kejap je.
Sekali naik. Hambek!
Mulut bising tangan and kaki tak tau nak sangkut ke mana. Hahaha..
Nasib adik yg pegang tali keselamatan (team hiking) tu relaks je, 
Akak letak kaki kat atas tu, ke kiri sikit.. kanan sikit.. kikiki..
Sekali turun, berpeluh2!
Tu baru yg rendah tau.

Kiteorang takde yg daki sampai puncak bukit tu ye. Separuh je. Tu pun...
Kat bawah ni.. gambar kite daki yg separuh tu.


Ade orang panggil, port tengah baik pulak tu kan.. Senyum la. kikiki.. 
Then..

Mase kat atas ni.. tak boleh tengok bawah sangat pun. 
Sendiri gayat tapi ade hati nak climbing. Ko hado? Hahaha..

Mase ni, ade beberapa kaki lagi ke tali penanda.
Senyum je kan. Dah give pun ade. Tangan dah merah2, menggeletar, melecet.
Lutut dah sakit2, siap lebam sebab bila tergelincir, kite tahan pakai lutut. Hebat kan? Hahaha.. Sengal!

So.. kite dah blaja jugak la kan..
Lenkali, tahan kaki, pakai lah kasut climbing tu je, bukan pakai lutut. 
Pakai juga pembalut lutut for safety.
Badan kene sentiasa dekat dengan wall.
Tangan, beli glove.
Put the weight kat kaki, bukan tangan. Sudahnya, ko lenguh satu tangan. Heh!
Means.. exercise kaki dan plank paling sesuai untuk diamalkan. Later ar. kikiki.

Ni dalam gua batu bulat tu. Nak abseiling ala-ala bomba turun bangunan gitu. 
Pastu tudung kene ikat belakang ye. Kalau tak, sangkut pd ikatan simpul mase nak turun.
Budak yg first tu la dah sangkut.

Kami bertiga sampai dulu. Fiza, k.shida n kite la kan.
Tak kenal pun mula2. Masing-masing datang sorang2.
Kat situ la kite make some friends. Semua peramah. Cool!

By the way.. kalau korang rasa kite dah tua sangat nak join benda ni..
Tadi ade kakak paling tua, umur 43-45. So, think again.
Nak challenge diri sendiri. Nak bina kekuatan diri. Nak mencuba benda baru.
Macam-macam la kan.
Experience is the best!

Insyaallah datang lagi.
Next year.
Sunday, November 6, 2016 4 comments

15 kg yang lalu

Slowly..
Penurunan berat masih berlaku..
Cuma kadang2 lupa diri jugak. Hahaha..

Dua hari ni..
Jogging dengan en.suami kat tasik bkt mahkota..
Yela.. bila dah banyak sangat penyakit..
Masing-masing pun tau betapa pentingnya kene maintain fit untuk sihat kan..
Tulah tujuan utama. Nak sihat.

Kita selalu tengok gambo kite gemok.
Supaya beringat. Nak lagi ke jd mcm tu.. huhuhu...
Ni ha..

Ingat makcik gemok ni.. 80 kg dengan pendek 154 cm je.
Tmah kata, bentuk muka pun xde. hahaha..
Mase ni, naik tangga level satu pun, yg ampunn.. banyak sgt peluhnye.. penatnye.. mengah!
Jalan jauh sikit pun tak nak. Penat. Kalau boleh golek, dah lama bergolek je.
Punyalah tak nak jalan. Hahaha..
Slow je mase ni sebab badan yg berat.
Nak mengaji pun.. nafas pendek-pendek.
Kulit jadi makin gelap, berjerawat dan kasar. huhuhu..

Now.. alhamdulillah..
Turun lah jugak.. sikit demi sikit..
Badan pun dah rasa makin ringan. Cergas.
Demi mencapai normal bmi! Chayok!

Gedik kan. Hahaha..
Nak tunjuk dress tu sebenarnye. Suke sangat. Cantik sangat. Kainnya pun lembut sangat.
En.suami belikan kat Gulatis, lepas bersalin teya dulu.. 2014.
Tapi during that time, very the ketat, tersembul lemak sana sini.
Macam nak koyak la baju tuh bila dipakainya.
Tapi tetap beli.. konon akan turun lah berat masa raya nanti.. Sudahnya.. tersimpan rapi dlm almari..

Sampailah masa nak konvo aritu..
Teringin nak try.
Sekali.. tadaa.... muat! Yeay! After 2 years ye..
Ni lah dress yg kite pakai mase konvo. hehehe..

Gedik lagi kan.. dalam bilik air pun jadi. kah kah kah..
Beza kan muka kite sekarang dr yg gemok tadi..
Baru ade shape muka.. huhuhu..
Muka makin bersih, jerawat takde. jeragat jela.. 
Dah tak kuat berpeluh. Jalan jauh pun oke je. Sebab masih jogging masa weekend.
Nak jaga stamina.
 
Minggu ni punye timbang..
65 kg.
Total loss: 15 kg.

Gigih lagi! Chayok arni!

Monday, October 31, 2016 2 comments

Restoren Seri Hijrah

Kite amik cuti dua hari..
Nak tengok mak mertua yg sakit..
Balik dr haji aritu la.. Kat mekah kan byk penyakit..
Tapi alhamdulillah beransur pulih..
Doa-doa.. Semoga cepat baik dan sihat.. amin..

Dah alang-alang kat kuantan.. dengan mak ayah and mamat..
Dieorg dtg sekali jenguk mak mertua kite..
Lepas tu.. Jadi food hunter la kami. kikiki..
Lama pulak tu kan.. Tak review restoren kat Malaysia ni..
Cewah! Macamlah selalu pegi jalan-jalan.. Hahaha..

Since kiteorg g hospital tengku ampuan afzan, kuantan..
Of course, dah datang pahang, kene makan masakan pahang kan...
Jadi.. ayah chik (bapa saudara en.suami), die lah yg suggest restoren sedap kat situ.
Jalan kaki je dari hospital tu.. dekat je.
Serious uolls.. memang sedap sangat!
Harga pun berpatutan untuk 6 org makan!

Restoren Seri Hijrah. Unik kan restoren ni. Cantik sangat.
Bangunan lama. Tengoklah tangga batu die pun. Negeri sembilan punye style.
Jalan kaki je uolls dari hospital kuantan tu.
Memang sangat recommend la oleh kami.
Kami bagi 4.5/5 bintang! 

Mak ayah jadi model. kikiki..
 
Hidangan utama tentulah patin masak tempoyak.
Memang sedap die masak.
Macam mak mertua masak gitu.

Ekcelli, kite tak makan ikan sungai.. ikan keli ke.. haruan ke.. patin pun..
Tapi.. the only ikan patin ni, kite boleh makan kalau mak mertua kite masak.
Tak tau kenapa. Kite dah pernah try beli orang jual, ade la dekat beberapa kali..
Semua mcm nak terkeluar balik, tak lalu langsung nak makan. huhuhu...

Jadi.. masa orang tu hidang patin ni.. kite rasa mcm boleh ke makan..
Sekali.. pergh! Sedap uolls.. Siap hirup kuah bagai.
Memang kene orang pahang jugak yg pandai masak patin tempoyak ni. hihihi..

Sambal udang petai.

Siput sedut masak lemak. Yang ni pun, sedap!

Pucuk paku tumis.

Ni lagi satu menu special. Satu-satunya ulam yg kite tak makan adalah jering.
Menu atas ni adalah jering masak tempoyak.
Seriously, tak rasa langsung kepahitan dan ketaksedapan jering!
Sebab mmg mabeles!

Ni ayah chik cakap, kalau orang pahang buat rewang, dieorg akan buat sup tulang kicap.
Orang jakun and suke makan kicap mcm kite, of course suke. hehehe..
And famili pun cakap sedap sup ni. 

Ulam dan buah-buahan pun ade ye.
Last sekali dieorang bagi bubur cha cha dengan tembikai susu. Sedap jugak! huhuhu..
Dieorg semua makan bertambah termasuk mak yg jarang sangat tambah nasi.
Kite tak lah ye. Still jaga badan ye. hihihi..

Famili! Ayah chik tengah melawat kawasan rasanya.
Ekcelli, restoren ni, member die punye. hihihi..

Kami!
Eh, macam ramai pulak yg tegur kite macam anak dara bila dah kurus sikit ni. hahaha..

En.suami malam ni, jaga mak die.
So, kite jadi anak mak ayah la.. tido satu bilik gitu dgn mak ayah. Hahahaha..
Anak-anak tinggal kat rumah. Lagipun dieorg tak boleh masuk.
And kak yem pun ade kan.
Harapnye terkawal la keadaan dieorg kat rumah. Aminn..

Datang kuantan..
Korang boleh datang and makan kat sini ye.
Memang die takde buku menu.. tak pasti in future.
Korang kene tanye lauk ape yg ada lah... especially masakan pahang..
Dijamin sedap. Insyaallah.
Selagi kualiti masakan tu, dieorg jaga. (^_^)v
Tuesday, October 25, 2016 2 comments

Post-konvo dengan anak-anak

Sebagai ingatan.
Nak jugak letak kat sini kan..
Al-maklum, perjalanan kite bukan senang. huhuhu...

Kite, bibik and anak-anak..
Pegi um, pulangkan jubah.. and bergambar lagi. hihihi..

Kebetulan, hari sabtu tu, masih ada konvo lagi.. Jadi semua tempat pun penuh.
Then, kite park kat atas..
Latar belakang dari atas jela dewan tunku canselori ni.
Okla kan. hihihi..

Gambar ni, amie yg amik.
Pandai sangat die membebel, kate teya tak reti diam.
Die tak tau, mcm mana mama tak hangin tiap kali nak amik gambo die.
Muka tak pandai senyum. Adoi.
Tapi pandai lah die amik gambor kiteorg. Center and tak shaking pun. 
Well done! Hehehehe..

Wefie!
Gigihlah kami berlima. Susah senang. Sama2.. Dengan kak yem (bibik) sekali.
Untung sangat dapat kak yem, bibik yg memahami and dah macam kakak, kawan.
Satu kepala pulak tuh. Ngam sangat!

Betul kan.. Pesan ustaz..
Sebagai orang beriman.. Takde kebetulan dalam hidup kita.
Menang atau kalah.
Susah atau senang.
Termasuk setiap manusia yang Allah datangkan kepada kita.
Semuanya Allah dah susun cantik-cantik.
Dan Dia tak akan amik semua dari kite. Alhamdulillah.

Amie. Time die bergambar, sian. kene kacau dengan adik2.
Last.. die tarik adik2 die, masuk dalam jubah, and peluk.
Terkekek-kekek adik2 ketawa.
The responsible one. Aminn.

Mamat ni. hover! Mama yang ketawa masa amik gambo die. Hahahaha..
Faheem!
The funky and funniest!

Minah ni. adoi!
Ala-ala model kan.. Amik gambo tak nak tengok kamera.
Ala-ala rozita che wan amik gambo! Lol!
Fateha!
Fefeling princess and ojen (frozen) sangat!

Mama and kids.
Alhamdulillah. (^_^)v

Monday, October 24, 2016 2 comments

Eyya Garden October 2016

Kebun! Yeay!

Macam best je kan..
Tapi antara masalah pekebun mcm kite ni..
Masalah serangga. Pokok mati. Cuaca. and macam-macam lah lagi..
But still.. kalau berjaya tu. Hoyeah! Lol!

Lepas 2 minggu tak sempat nak usik, cuma mampu siram n belek2 je.
Ahad lepas, kite bersihkan kebun dengan bibik.
Ok. Jemput masuk eyya garden.

Ni kat luar. Hover sangat kan.. sampai luar pun nak jugak. kikiki.. 

Limau kasturi dan lemon yang dah berbunga!
Limau nipis kat dalam, tak pernah berbuah. Tapi takpe, kite cuma nak guna daun die je kan.

Kite dah kenalkan kat fb and instagram.
Waltham butternut squash. 
Nanti.. tunggu kiteorg petik dan belah, baru kite cite pasal die saja.
Tu pun masih berbuah dan berbunga lagi.

Ni kat penjuru.
Terung. Keladi. Kucai. Daun bawang. Daun sup.

Tadaa.. Tak boleh nampak ruang kosong, mesti kite nak selitkan pokok.
Kalau ade yg mati, cabut, letak pokok lain. kikiki..

See.. ade ruang kosong! Letak pak choy atau bayam. Heh!
Sebelum ni, tempat turnip. Tapi dah abes dituai, letak pak choy.
Yang tengah atas pak choy tu, zuchini.
Sebelum ni, zuchini kiteorg mati sebab terlebih air. huhuhu..
So. cuba lagi. Gambateh!

Kohlrabi!
Rasa apa tak tau. Tapi mcm glemer sangat.
Tapi kecik lagi. Baru saiz bola pingpong je.
Tunggu besar sikit.. boleh rasa n kongsi dengan jiran. Heh!

Cantik kan! Tu yg kite suka sangat dengan kobis ni. Sebab macam bunga ros yang besar.
Ni kobis bulat.

Ni kat bahagian tepi rumah.
See.. Betik dah bukan sekaki. Semua org tanye nape letak kat situ. huhuhu..
Letak buah tu masak beberapa biji, rasa nak tebang dah.
Nanti kiteorg tanam kat bahagian tengah pulak. 
Takut akar die pecahkan simen and dinding kan.

Bahagian kayu merah tengah tu, vertical tu..
Sebelum ni, labu air, petola, rock melon.
Semua gagal berbuah.
Samada sebab akar tak cukup tanah or.. tak pasti.

Jadi.. kite bersihkan semua pokok.
Kite buat gap. depan and belakang. Timbun tanah kat situ.
Bawah tu, kite gembur sikit je, sbb terlalu banyak batu.
Jadi kali ni, pokok kite terus direct kat tanah, bukan dlm bakul lagi.

Labu air dan rock melon je.
Petola rimbun sangat.

Bakul tu, bayam hijau, bayam merah dengan kailan.

Oke. Bawah tu, kacang tanah. Bayam pun ade menyelit. Hahaha..
Atas yg menjalar kacang panjang hijau dan kacang panjang batik.

Sight of bliss.

Saturday, October 22, 2016 2 comments

Tak ada apa pun

Arini baru pulang jubah.
Penat yg amat.
um bagi tempoh seminggu je.
Isnin dah kene denda RM50! Sehari selepas tu, tambah sepuloh hinggit!
Tak pulang, tak dapat transcript. Heh!

Semalam dah jumpe dekan.
Dah email. Tapi dekan tak balas lagi.
Dekan bg tempoh seminggu nak dekat mana.
Kite pilih pasir gudang.
Nak membawa diri pulang ke kampung gitu. hahahaha..
Jujurnya.
Kite lg excited kot balik ke Johor.
Insyaallah lah..
Yang tentukan tu, Allah jugak.
Minggu depan kite dtg lagi, untuk confirmkan..
Dan isi borang segala.
Semoga dipermudahkan..

Oh ye..
Bukan terus kerja ye.
Kawan2 kite. ade yg tunggu 4-5 bulan.
So rasanye, mmg next year la ye.

Jadi buat masa ni.. Kite teruskan kerja kat damansara tu.
Lagipun.. tak sampai hati tinggalkan student, tengah2 semester kan..
Biarlah abes satu semester.
And kite pun dah suka dgn enviroment keje kat situ.
Walaupun mostly, kebanyakkan staff and semua boss adalah chinese..
But it's oke. Kite pun, a part of chinese jugak kan. hahaha..
Semuanya baik-baik..
Yang tak baik, kite abaikan je.
Tak amik tau. Tak nak tau. Senang konsepnye.

Dulu.. teringin sangat nk laki chinese look..
Tinggi 180 m ke atas. Ade hati! Of cos la kan.. kite pendek! hahahha..
Dapat en.suami.. totally malay look! tapi alhamdulillah. redha je.
Yang penting.. comel n ensem jugak la mase tu kan. kikiki..
Dats y.. berbanding korea..
Kite masih suke tgk hong kong movie and drama.
Masih suke dgn aaron kwok! huhuhuhuhu.... Lol!

Esok kebun!
Monday, October 17, 2016 2 comments

Hari jubah

Cite jubah.
15-0ct-2016. Saturday.
Yeay!

Sangat happy..
Bila di mana.. semua adik beradik kecuali si bongsu, dapat datang.
Terharu.. bila angah dr perlis, gigih dtg naik flight.
Berdua je dgn rayyan. huhuhu...
Dengan ani nye.. pun yg tengah dalam pantang..
Gigih bawak baby yg tak sampai 2 minggu.. huhuhu...
Terima kasih.. mak ayah.. adik beradik.

 Famili!
 Mak ayah depan dewan canselori

Dengan mak ayah.

Dengan angah n rayyan

Dengan along, ani and aisyah.. and eyya. 
Percaya badan ani slim gitu, baru lepas beranak seminggu?

Ni labmates yang gigih datang. siap bagi bunga besar2 gitu.
Anas, illa and an.

Selfie lepas amik scroll dalam dewan.
Disebabkan bosan. Kejenye selpie, wepie.. hahahha.. siap tido lagi.

Ok. Alhamdulillah.
Selesai sudaa..

Arini first day kite teaching.
Kite dah lewat 5 minggu.
Jadi tadi dpt habiskan chapter satu.
Lepas ok. finish.
Budak2 bangun and tepuk tangan. Happy!
Siap banyak kali cakap tq, terima kasih cikgu la.. berlagu mcm zaman sekolah.
Rupanye dieorg tak faham dengan lecturer sebelum ni. Hahahaha..

Motivate: On! Lol.
Thursday, October 13, 2016 2 comments

Not normal

Minggu ni..
Bermula dengan nasib yang macam-macam..
Tapi macam biase la kan..
At the end.. Satu persatu akan selesai jugak. kikiki..

Semalam dah berjaya bukak akaun RHB.
Sbb dieorg masuk gaji dlm bank tu.
Tu pun terpaksa buat ic baru, sebab mmg hilang tak jumpe.

Hari ni.. Berjaya g settlekan claim thesis and senat ke sumber manusia pulak.
Yeay!

Esok ade raptai konvo.
Kite dtg pun sbb nak amik jubah konvo dgn book photo booth je.

So far..
Belum start mengajar. Masih gigih buat slide. Copy paste je dari previous lecturer. Pastu color2 kan slide. Sambil carik keje lain. hahaha...

Sorry la. Minggu ni. Memang hati galau. Tak fokus.
Gara-gara solat istikharah dan tahajud. Minta petunjuk sangat kan.
Dapat petunjuk. Goyah. Padan muka!

Haritu kebetulan kite tengok tv pasal istikharah ni.
Ustaz tu cakap, kalau jalan tu baik, Allah akan teguhkan hati kite.
Kalau sebaliknya, hati kita akan gelora/berombak/goyah.

Yang sedih tu.
I'm used to it.
Bila kita rasa benda tu normal.
Sampailah kawan kita cakap, no arni, it isn't normal!
Tersentak.
Tetiba semua benda flashback.
Tetiba jugak rasa kite ni ibu yang loser.
Sedih untuk diri sendiri.

It's ok anak-anak mama.
Mama ada. Allah ada.
Slowly.
Walau jalan depan tu, macam tak nampak.
 
Monday, October 10, 2016 2 comments

Macam-macam sangat

Harini first day keje kann.
ntah kenapa.. banyak sgt yg tak kenenye.
banyak sgt silap and kecuaiannye.

Jumaat tu.
dah amik surat senat kat um.
terus ke shah alam. Pemangku dekan sahkan surat senat tu. Pegi kat sumber manusia utk claim thesis, thesis nye tertinggal!

Harini first day. Kene buat akaun rhb.
pegi kat bank. Parking bapak jauh sbb tak familiar. Sampai kat bank, ic takde! Sampai skrg takde.
Tak pasti tertinggal kat mana.
Mase tukar kad atm ke.. kwsp ke shariah tu ke.. rasa nak nangis je.. stress sebab semua tak kene.

Balik dari bank tu.
tak boleh masuk kampus. Laluan ditutup polis.
Rupenye admin dpt panggilan bom.
jadi kene tunggu pegawai bom pastikan semua selamat, baru masuk. Adoi!.
Hari pertama dah kene bom!

Bila hati tu gundah gulana.
Mmg akan rosaklah semua perjalanan kita.
Benda paling kite risau. Penempatan kat mana.
dan apa yang akan terjadi tahun depan.
Takut dgn masa depan sendiri.

 Kita baca pasal die kat fb tadi. Sangat memahami apa yg die rasa. Tapi die tetap bertuah. Sebab anak sorang je. 

Semoga Allah bg die pengganti yg jauh lebih baik, setia, pandai menghargai die dan anaknya. Aminn..


Saturday, October 8, 2016 0 comments

Marathon pertama - HSN21KM

Pernah dengar satu pepatah tak?
'Lebih baik gemok dari kene jogging'...
Tula pepatah yg kite create bila org suh jogging.
Hahahhaha..
To express how much i hate to run.
Love sports but hate run. Especially long run.

But today..
Diri sendiri pun tak bercaya.. 10 km!!!
Sebelum ni, nak habiskan 200 m keliling padang permainan pun, masyaallah!
Sedih la masa tu. Dengan sangat gemoknye.

Aritu kite ade record. 5 km dalam masa 51-52 min kan..
Harini kite berjaya habiskan 10 km dalam masa 1 jam 20 min!
Mungkin jugak sbb aura beramai-ramai kan..
Mungkin jugak sbb semangat..
2 bulan tu training.
Tapi tak pernah training sampai 10 km.
Paling jauh pun 7 km je. Tu pun bape kali sangat. 3,4 kali je.
Yang biase, 5 km je. hehehehe..
Risau gak cramp ke hape kan..
Tapi alhamdulillah. 

Gambar atas tu.. warming up.
Kite sampai dalam pukul 6.30 pagi. Terus warming up. 
Ni kat depan dataran merdeka.

 Die ade 3 kategori. 5 km, 10 km dengan 21 km. 21 km dah start seawal 6 pagi. Kita punya 10 km start 7 pagi, so sempat solat subuh kat rumah sebelum gerak ke dataran merdeka. 5 km lagi lambat, tak ingat kul bape.

Ni lah tempat start nye.. tempat finish nye jugak.

 Sebelum dan selepas. 

 Hari sukan negara (HSN) 21 km. 
Menumpang je 21 km tu, padahal buatnye 10 km je. hahaha..

 Sedar diri bergambo kat 10 km je. Belakang tu, ntah bila. huhuhu..
Si zaimas tu amik masa 3 jam untuk habiskan 21 km. Jauh tu.

Agak surprise jugak la kite dengan route die.
Kat tasik mana ade bukit sangat.
Tetiba kat sini.. beberapa bukit oke.

Betul kate dieorg. Bila dah sedap kat bukit, bila lari kat jalan mendatar, kaki jadi berat.
Bukit mgkin susah, tp best sbnrnye.
Tekniknye, masa lari atas bukit, bongkokkan badan sikit.

 Kite tunggu die. Sebab siap kul 8.20 min.
Die habis dalam pukul 9 lebih.
Siap kite pegang medal tu terbalik. hahahaha..
Sempat lah warming down, makan aiskrim, makan pisang, selfie, relaks2..
Die sampai, kite selfie, terus balik.

Sebab nak bekejar ke sekolah amie.
Hari sukan sekolah die.
Nasib kite sempat sampai, sebelum acara die mula.
Happynye bukan main.
Siap cakap kat kawan2, mama kite dtg. hahaha..

 Mama and papa mmg budak sukan. 
So adelah kot menurun sikit kat anak-anak..
He won a gold medal. Acara sukaneka je sebenarnya untuk darjah 1-3.
Ok la jugak kan.

Tapi berbanding amie.. 
Faheem nampak lg excellent in sports.
Kite tunggu and lihat je. hihihihi...
Parents lain expecting in academic, we are expecting in sports. Hahahhaha..
Takde high expectations mana pun. hehehhe..

Apapun. Memang kite happy sangat harini.
Berjaya buat benda yang mustahil bagi kite.
Langkah demi langkah.. Kite buat sesuatu untuk diri sendiri..
Dah mula memikirkan diri sendiri.
Biar lebih kuat. Lebih tabah.
Untuk hadapi segala kemungkinan tahun hadapan.
 
;