Monday, March 21, 2016

Cara buat serbuk kunyit sendiri. Senang sangat!

Kite tau ramai yg tau.
Tapi masih ada jugak ye, yang tak tau.

So kita share.
Cara buat serbuk kunyit sendiri.
100% dijamin kunyit, tiada bahan tambahan. heh.
Jimat pun iya.

Step 1: Kumpul dan bersihkan kunyit. 
** Daun kunyit boleh terus guna atau simpan dalam peti sejuk. 

Step 2: Bersihkan, buang kulit dan tapis. 
** Ada sikit saya tanam balik untuk kegunaan seterusnya. Pilih yg dah ade tunas baru atau akar.

Step 3: Jemur kat matahari
** Saya ada 3 bekas

Step 4: Blend kunyit yang telah dikeringkan.Guna pengisar kering atau tumbuk je.
** Kalau boleh, jangan kering sangat ek mcm saya punya. Asal kering sudah, tak perlu kering sangat2.. Sebab nanti serbuknya sikit je.

Tadaa.. dah siap. Kasar-kasar sikit serbuknya sebab bergantung pada pengisar korang la kan. Tapi kite oke je. 

Kalau kunyit muda, baik korang tanam balik, sebab warna die pun tak pekat sangat. 
So, nak mantap amik yg tua-tua sikit. Baru lagi galak kuningnya. 
Tapi kita campur, sebab banyak je balance yg nak ditanam balik tu kan.

Pastu.. tanam lah dalam 3 tempat. Dalam pasu pun boleh. Yang ni, hasil kita tuai dalam bekas cat. Tu pun dah banyak kan. Baja tahi ayam je tau.
1 untuk kegunaan daun dalam masakan.
1 standby utk kisar bila dah habis.
1 tanam balik balance kunyit tadi.

Tula. Kite silap sbb sampai terlalu kering merengkot. Tu yg dapat separuh je bekas taufufa ni. Tapi.. ni pun dah sama berat dgn sepeket kunyit yg sederhana besar ye. Yang skrg ni harganya almost RM4 ++ kan.. Berat serbuk ni dalam 250 gm.

Biasa separuh taufufa ni, 2-3 bulan jgk baru nak abis.
Sebab kiteorg masak ayam goreng hampir setiap hari. hehehhehe..

No comments:

Post a Comment

 
;