Friday, April 22, 2016

Eyya Garden April 2016

Untuk menghilangkan stress.
Kite g kebun. hehehhe..

Ok. disebabkan elnino..
banyak anak-anak pokok yg baru dialih mati.
disebabkan tu, kite pun beli jaring hitam sepanjang 5 meter, covering bhgn tengah raised bed kite.

ok. tengok kebun jom.

 Tu die. jaring hitam merentangi kat bhgn tengah raised bed. untuk selamatkan anak pokok.
Ni bhgn depan rumah kiteorg.

Ni bhgn kiri rumah. Bhgn sisi. Tempat semaian yg ade anak panah merah.
Pun terpaksa ditutup dgn jaring sbb panas sgt. kering pokok2.

Ok. tengok raised bed kite.

 Rasied bed 1: Kite dah kosongkan bed ni. dah letak baja tahi ayam + serbuk kulit telur buat sendiri selama seminggu.
 Fungsi kulit telur, bukan sahaja utk kalsium, tp juga boleh meneutralkan tanah.
Baja tahi ayam supaya tanah subur dgn organik

 Ingat nk letak pokok lain. Sekali mak tanye, nape ko buang kangkung tu. oh sudah. kite buang sbb dah bosan. sekali pikir, why buang. kan byk pilihan sayur nanti. huhuhu..

So, kat atas tu, kite baru tanam balik kangkung, bayam hijau, selang seli dgn bayam merah yg hidup sendiri dan pak choy.
Bayam hijau n pakchoy anak2 sebelah kiri tu.
Kangkung yg batang2 die, beli kat pasar yg ade akar, terus cucuk.
Kangkung kali ni yg berdaun tajam, means sayur ni tak gemuk sgt mcm sblm ni. tp die panjang2 n hujungnya tajam.

 Raised bed 2: Dua pokok besar tu, pokok bendi tanduk. English: Clemson spineless okra.
Ade capsicum. Bunga Zinnia.
Anak betik. tumpang je sementara nk tunggu die besar.
Yg baru digemburkan tu, kacang tanah. hehehe.. ade.

 Raised bed 3: Hujung plg kiri tu, pucuk manis. Sedap utk masak lemak atau sayur campur.
Dua pokok sederhana besar tu terung. Terung purple bulat dan terung purple panjang.
Sbb kiteorg suke sgt terung. Jd mestilah ade kan.
Skrg tgh semai terung putih dan black beauty. 

Jadi sementara nk tggu terung baru, kite letak belah kanan ni, 5 jenis pokok bunga matahari.
Kite cover tanah dgn cocopeat atau sabut kelapa supaya dpt takung air, n tak kering sgt tanah.



Raised bed 4: Yg menjalar, timun mini.
Ade oregano kat sudut atas, kiri dan kanan.
Pakchoy ruby, sawi kering, kailan jepun, salad oakleaf dan red frill mustard.

Of cos, lada besar dan cili pun ade. Lada kulai dan cili vietnam.

 Aritu vinca kan. Semua vinca mak dah amik bawak balik. Sebab mcm dah nk mati.
Tinggal petunia. cantik kan.
Star petunia nama die. Cantik sgt!

Again sebagai companion plant kat vegetables garden.
Halau serangga jahat dan invite serangga baik.
Selain vinca dan petunia, bunga lain yg bgs utk companion plant adalah bunga matahari, zinnia, dahlia dan paling orang putih suka pakai, marigold a.k.a bunga tahi ayam.

Bunga tahi ayam paling bagus sebab akar die dpt bunuh namatodes, cacing jahat tanah yg merosakkan tanaman.
Kite pun tengah semai pokok marigold ni.

semangat tulis sbb k.seeda suke. hehehhee..

2 comments:

monstorious wife said...

Akak pun suka tgk garden Arni. Sendiri nk tanam malassss. Haha

arnie said...

yeah. lagi bersemangat kite update. hehehe.. ala kak.. kat obersea mcm leceh jek. nak tanam pokok ni, kene tunggu season tu la, season ni lah.. kat malaysia senang sikit. panas atau hujan.

Post a Comment

 
;