Tuesday, May 3, 2016

Cara Tanam Bendi Clemson Spineless

Arini nak cite pasal bendi clemson spineless ni.
Nama pun spineless..
dalam die, rongganya mcm bendi biasa yg dah tua. Tapi x tua.

Camni lah yg kita maksudkan. Rongga dalam mcm kurang isi atau mcm dah tua. Tapi bila masak, mcm bendi muda yg biasa. Kental dan sedap gitu. (Gambar dari en.google)

Ejaan yg betul adalah 'Bendi' bukan 'Bendir = gong kecil'.
Terpaksa, sebab aritu ade org question kite ejaan ni.
Kite check kat kamus dewan bahasa. hambek. hahhaha...
Takpe. Sama-sama belajar. good thing.

In english, Bendi = Okra = Ladies Fingers (Bergantung pada tempat dan negara)
Kite same dgn India.

Fakta sikit lagi, biji bendi ni boleh dipanggang and alternative menjadi kopi! caffeine-free sebab tak pakai biji kopi. tapi boleh rasa ala kopi. wow!

So far, kite pernah tanam bendi kampung yg biase.
Ni baru la first time cuba bendi baka rare mcm spineless clemson..

Info Menanam Bendi:
1. Semai
- Benih bendi antara benih yg sangat mudah bercambah. Campak mana-mana pun boleh hidup. Tak perlu pakai peat moss. boleh pakai tanah biase.
- Nak pakai peat moss pun boleh.
- Kite semai sebiji je dalam satu lubang, terus dalam pasu kecik2, dalam masa 4-6 hari, dah keluar tunas.

*** Ada orang cadangkan 2 biji dalam satu lubang, tapi sebab kite tau benih kite berkualiti, contoh kalau korang beli yg hybrid, memang insyaallah 99% hidup (bengantung pada tanah n siram 2 kali sehari). Untuk keperluan rumah, cukup 2-3 pokok untuk satu-satu masa.

2. Alih ke tanah
- Time alih ni, kite tunggu lama and tinggi sikit. Tunggu 4 helai daun sebenar, dan tinggi sejengkal dalam 17 cm atau setengah kaki. Sebab kite nak die betul-betul strong bila dialih ke tanah yg sesuai.

*** Boleh semai terus ke tanah. Kite semai dalam pasu, sebab masa ni, tanah utk bendi belum disediakan. Kite baru nak kosongkan raised bed bendi ni. Sebelum tu, kite tanam ulam raja, bapak tinggi sampai 5 kaki. So terpaksa buang sebab dah semak. Tapi anak-anak ulam raja, masih ade. Sebab kite suke ulam raja nih. sedap.

3. Pembesaran
- Mula-mula selepas alih tu, mmg terbantut pembesarannya. Kite biar je, dlm 2 mggu, die naik balik.Tu yang ambil masa sebulan setengah untuk membesar dan berputik.
- Bezanye juga, bendi biase lebih tinggi berbanding bendi clemson ni. Renek-renek berbuah lebat juga ye. Bendi biasa boleh setinggi 2m.


4. Jangka hayat
- Ada kate 6 bulan.Kite rasa 6 bulan dari bertunas sampai mati kot. hahahaha..
Sebab bendi yg kita tanam, paling lama hidup dari mula berbuah, hanya 2 bulan. Nanti kita tengok lagi bendi baka seterusnya.

***Bila daun bendi tu dari lebar-lebar, dah mengecut, tu tanda, korang boleh bersedia semai benih bendi yg baru. =)

5. Tanah
- Tanah semai: Tanah biasa atau tanah organik atau peat moss. 
- Kalau direct ke atas tanah, pastikan tabur serbuk kapur (untuk neutralkan tanah) dan baja tahi ayam. Tinggalkan seminggu. Baru semai benih.
- Kalau semai dalam bekas, masa dah keluar 4 daun sebenar, baru sy readykan tanah (serbuk kapur + baja tahi ayam juga), seminggu selepas tu, baru alih.

*** Kalau xde serbuk kapur, serbuk kulit telur (nanti saya ajar) boleh ditabur. Selain bagi nutrisi untuk mempercepatkan pembesaran, die boleh meneutralkan acid dalam tanah.

6. Serangan penyakit
- Belah daun, selalu kene thrips. Daunnye jadi bintik-bintik coklat dan hitam. So resepi campuran yang kite buat:
 i. 2 ml/ 1 tsp - Neem Oil (Beli kat kedai runcit india, racun serangga organik worldwide)
 ii 2 ml/ 1 tsp - Garlic Oil (Buat sendiri. Satu cawan minyak masak yang didihkan dengan 5 ulas bawang putih yang telah diketuk. Api perlahan. Dalam 15 min, tutup api. Biar sejuk, masukkan dalam bekas. Kite simpan dalam suhu biase je, kat kitchen kabinet.)
 iii. 2 ml/ 1 tsp - Sabun basuh pinggan mangkuk
 iv. 950 ml - Air (Asal jangan penuh, karang tumpah pulak nak masukkan oil n sabun tu) Pakai bekas sembur 1 liter.

*** Goncang sebelum sembur. Untuk permulaan, spray sikit2 je dulu, aim bawah daun, celah-celah daun. 3 hari berturut-turut. Bila pokok dah elok, amalkan seminggu sekali. Boleh digunakan kat semua jenis pokok.

6. Baja: 
i. Baja AB - Kite sembur setiap minggu untuk setiap pokok termasuk bendi.
ii. Keluar sehelai daun sebenar - Baja Tahi Ayam (Sikit-sikit je, jgn kena akar). Baja selang seminggu sampai keluar 4 daun sebenar.
iii. Masa alih: Epsom salt (takde takpe) + Baja tahi ayam
iv. Minggu 1-3 selepas alih atau keluar 4 daun sebenar: Baja NPK Hijau (15:15:15) Nitrogen lebih untuk pembesaran + Baja Tahi Ayam.
v. Minggu 4-5: Baja tahi ayam + Baja bunga
vi. Minggu 6-7: Baja tahi ayam + Baja buah

Bila dah berbuah lebat, seminggu sekali sy letak baja tahi ayam je.

 Ni bentuk anak pokok bendi dengan dua kotiledon, bukan daun sebenar ye. Kotiledon tak boleh buat fotosentisis. Jadi kalau nak alihkan, kite perlukan daun sebenar.

 Ni anak pokok bendi yang berusia sebulan (dari tempoh daun pertama muncul). Sebab tu tinggi lebih sejengkal. Kite mmg lambat alih sebab masa ni,sebab tanah tak ready lagi.

 Oke. Ni pokok yang dah beusia sebulan setengah (dari tempoh kita alih). Awal-awal terbantut juga. Biasa kalau terbantut, kite biar je. Kalau lama sgt terbantut lebih 2-3 mggu, baru tabur serbuk kulit telur dan baja tahi ayam.

Tinggi ni je. Tak sampai 1 m pun. Tu pun dah berputik nak berbunga. Masa ni kita belum bagi baja bunga pun.

 
Tadaa.. Dah berbuah. Kene cepat ambil sebelum tua. Tua tak sedap. Tengok daun die pun, dari atas ke bawah semua lebar-lebar.

 Feheem excited. Sebelum pegi tadika, die nak petik dulu. Ni berusia 2 bulan setengah selepas alih ke tanah. (Selepas 2 mggu dari gambar atas). Baja NPK + tahi ayam pada ujung minggu. Baja AB selang dua-tiga hari dah masa ni. Sembur sawi, bayam n kangkung, kite sembur segala pokok dalam kebun sampai abes satu botol. hahahha...

Mase ni lah kene serangan thrips. So sembur neem oil + garlic oil + sabun pencuci pinggan. 
Kalau takde, sabun pencuci pinggan satu sudu besar, minyak masak 1 sudu besar. Tapi ni biasenye utk aphids, yang putih-putih belakang daun, tapi try je semua2, depend on kedegilan serangga tuh. Susah sgt, spray la racun nyamuk yg water-based.

 Besoo buahnye. Tengok yg belah kanan kecik tu kan, esoknye dah besar mcm kat sebelah kiri. kejap je mase ni. kene tengok selalu sbb tak nak tua.

 Ok. now giliran fahmi pulak. Die sekolah petang. So pagi tu, belum mandi or berus gigi terus g kebun nak tuai sayur. hahahha.. Ini pokok 3 bulan dari masa die dialih ke tanah. Meriah sangat masa ni. Daun bhgn atas tu, dah mengecut sikit.

 Faheem dgn bendi nye..

 Minah ni pun nak jugak.. tadaa kata die. Tapi die g petik lada besar. hahaha..

 Terung kiteorg. Baru ade dua jenis. Ungu panjang dan ungu bulat. Pasni ada tambahan dua jenis lagi.

 See.. die takde masalah nak tuai. Tak payah ajar lagi dah. Amik daun kari, pandan, limau purut, daun kunyit, semua die dah kenal. hehehe..

 Senyum happy selepas tuai. 

 Ini baru diambil pagi ni. Dah 3 bulan setengah (3 bln 2 mggu) dari dialih ke tanah. Pokok dah makin tua dan daunnya mengecut. Masih berbuah, tp buahnya dah tak besar. Kite baru letak baja tahi ayam 3 hari yg lepas. Petang ni kita letak baja buah utk besarkan sikit buah-buah yg masih ada.

Kita dan prepare tanah tempat lain utk bendi yg dah kite semai, dah jd anak pokok pun, sebagai pengganti pokok ni.

Ok. Last.
Kite hadiahkan korang tengok bunga ye. 
Arini Bunga Raya warna Pink Lembut.
Cantik sangat. Eyya suke!

Lembut je warna die. Cantikkan. Hehehhe..

Ok. bai.

2 comments:

Nana Aris said...

orang tua kata kalau tanam menjadi ni sejuk tangannya..aku tanam entah la jd ape..hehe

arnie said...

Taklah.. aku x percaya tangan sejuk panas. aku percaya pada ilmu, belajar, cuba lagi.

Banyak je pokok aku mati, terbantut, tak berjaya semai.. tapi kite belajar. boleh babe. sesiapa boleh.

eksperimen tu mmg best. dgn pokok2. hehehhee..

Post a Comment

 
;