Tuesday, May 24, 2016

Eyya Garden May 2016

Bulan 5 ni, banyak transform dah eyya garden ni.
Kite nak maksimumkan penggunaan tanah.

Dulu sayur je kan.
Sayur pun yg senang tumbuh je.
Sekarang kita dah belajar pokok sayur berbuah, pokok buah dan bunga.

Berkebun ni kene banyak eksperimen.
Semai mcm mana, ade yg terus tanam kat tanah, ade yg nak guna peat moss and ade yg kene dalam peti sejuk sebab asal pokok tu dari cold season.
Contoh, kucai. Kucai boleh tanam kat Malaysia, cuaca panas.
Tapi benih die, sebab asal dari cold season, perlukan cuaca yg sejuk.
Takpe, senang je. Letak atas tisu, sembur air, masukk dalam zipper beg, 2 mggu, semua berakar!

And then.. tanah. baja. baka benih.
and pelbagai pokok yg rare dalam n luar negara.
Sebab tu best!

Ok jom.

 Makin penuh kan. hehehehe.. 
Ade hati nak tanam pokok macam-macam di kawasan yg terhad. huhuhu..

 Labu manis. Ade. Mula-mula letak sebelah kacang botol.
Sebab tak pernah tengok rupa sebenar labu manis.

 Hambik kau. Abes marigold semua pun mati. Akar die bebas lebar.. 
Sampai terpaksa alihkan kacang botol ke tempat lain. 
Nasib masa tu die masih menjalar kat batang kayu je. 
Senang alih dgn batang kayu tu jgk. hahaha..

Pucuk-pucuk baru, kita akan ikat pakai tali guni ke pagar.
Sebab kita tak nak die merebak dalam kebun.
Pakai tali guni ye. Tali rafia nanti cepat reput and putus.
Beli kat kedai eco RM2 je.

Ni kat depan rumah. 
Longkang dah tutup dengan pallet.
Jadi kita bagi die keluar sampai situ je.
Pucuk labu ni, boleh dimasak lemak tau, bibik kate. Sedap!
Ni baru satu pokok. Fuh.

 Kacang botol pun satu pokok je.
Alihkan ke tempat ulam-ulaman.
Die pun sejenis ulam jgk kan. hehehe..
Kiranya, labu satu pagar, kacang botol satu pagar.

 Kacang panjang dah naik.
Kacang panjang hijau dan ade satu je pokok kacang panjang merah.
Merah yang lain mati. hahahaha..
Kacang panjang merah lambat sikit membesar berbanding yg hijau.
Benih kiteorg dah tak beli, pakai dari pokok yg lepas je. Jimat.
Timun mini dah buang, susah sgt nak berbuah.
Dah cuba pollinate manual pun tak berjaya.
So, kite tanam kacang panjang jela. Senang.

Kacang Buncis pun ade.
Kacang buncis renek. So dalam pasu jela.
Jadinye, insyaallah, ade 3 jenis kacang kat rumah kite. yeah!

 Kayu pallet tu area cili.
Yang berpagar tu, mmg terung, tp ade terung mati.
Kene virus dari akar.
Tapi nasib baik, ade standby dua terung yg kite dah semai dulu.
Selang seli dengan bendi merah. hee..

Kawasan bunga matahari dah dikosongkan.
Kite letak pokok betik sekaki.

Pokok buah ni, yg suka en.suami.
Die tak request. Tapi die mmg suke buah.
Dalam peti sejuk kiteorg, tak pernah susut buah.

Sebab tu jugak, kite dah tanam buah.

Ni pokok asparagus.
Ade 4 kotak polistrin semuanye.
Ade 7 pokok.
Nak tunggu die mmg lama, org kate.
Takpela. Sebab nak beli tak mampu. Mahal sgt.

Kangkung bermaharajalela sebab hujan seminggu ni kan.
Petik gemuk, petik gemuk..
Siram baja teh je.
 


Kecik je kan.
Tapi jiwa besar.
Nak cuba semua jenis pokok. hehehe..
semampu yg boleh la kan. sedar rumah kicik. heee...

4 comments:

monstorious wife said...

Bestnya tgk kebun arni.. Baguss. lepas ni boleh bela ayam pulak. Organik.

arnie said...

haaa... ya Allah kak.. kite mmg terpikir nak buat ayam organik. kawan kite baru join kursus ayam organik kat bangi. die kate, tak busuk pun tempat tu, pastu dieorg ajar cara nak gemukkan ayam tanpa enjet. die kate mmg berbaloi la.

kursus 3 hari. rm850.
nanti mmg kite ingat nak beli tanah..
fokus kat pertanian dan penternakan. =)
insyaallah kak. seronok.

monstorious wife said...

InsyaAllah. Lepas ni jual kat akak eh ayam organik sbb susah nk jumpa skrg. Rasa pun lebih sedap berbanding ayam inject.

arnie said...

agreed. ayam inject dah takde rasa pun. harapkan perencah kene letak lebih. boleh je. hehehe.. verangans.

Post a Comment

 
;