Wednesday, June 8, 2016

First time kahwinkan labu manis

Yezza..
Setelah 3 bulan dari semai labu manis (pumpkin)..
Keluar jugak bunga betina..

Mase 2 bulan 1 minggu, dah banyak bunga jantan keluar..
Tapi bunga betina tak muncul2..
Sampai 3 org cakap, labu ni, labu jantan.
ala. mcm pokok betik.
tp sbnrnye tidak ye.
pokok labu tetap akan ade bunga jantan dan betina.
cuma bunga betina mmg akan lambat keluar.
mcm pokok timun jugakla..
biase bunga betina muncul selepas dua minggu bunga jantan berpesta. hahahaha..

ok. kite mmg x pernah tengok pokok labu.
even google pun.. kite tgk gambar ladang.
jadi kite expect, mestilah banyak pokok kan..
bila tanam sendiri.. satu pokok je pun. mak datok. bapak besar!

5/4/2016. Ade hati tanam kat pasu kicik.

1/5/2016. Selepas sebulan dari gambar atas. Ade hati boleh share tempat dgn kacang botor.

23/5/2016. Ingat takat ni jela kan.

9/6/2016. Pagi ni. Tu pun, kiteorg dah pangkas bunga2 yg dah tua, matang dan kekuningan. Sebab tu bhgn bawah tu lompong2.

9/6/2016. Labu manis mengamuk! hahahhaa.. Ni dari luar. dah tak boleh amik gambar dr side kanan. Daunnye besar-besar. Kite suka tengok sebab cantik. 

Antara kejakunan kite lagi adalah, baru tau pucuk labu ni, sangat sedap dimasak lemak.
Bibik kate, kat sana, die selalu tanam. Jadi die taulah.
Cuma betul-betul kene siang pucuknye, daunnye kene ramas untuk buang bulu-bulu kat permukaan daun dan batang pucuk tu.
Celur sekejap sebelum dimasak lemak.

Aritu.. ayah datang. die kan org kampung. sajelah kite masakkan pucuk labu masak lemak ni.
Bertambah-tambah pinggan!
die kate dah bertahun x makan.
yela.. mana ade org jual pucuk labu ni.
kite x pernah nampak pun. atau kite jela yg xtau tu pucuk labu. hahahhaha..

Untuk kongsi ilmu. Ni bunga jantan. Belah atas, putik bunga jantan. bawah, bunga jantan.

Ni bunga betina. Belah kiri, putik bunga betina. Die kembung tak mcm putik bunga jantan. Sebelah die ni, bunga betina yg dah nak kembang. Bawah kelopak ade bentuk labu. Ni gambar semalam. Dari gambar ni, satu hari je, dah kembang ye.

Tadaaa... belah kiri ni lah bunga betina yg kat atas sebelah kanan. Pagi ni, tergerak hati nak tengok (ingat lama lagi nk kembang), tadaa... dah kembang! 

Perbezaan bunga jantan dan bunga betina untuk labu manis.
Kiri betina, ade bentuk bulat mcm labu kat bawah kelopak die. Kanan jantan, kosong je kan bawah kelopak bunga tu.

Masa untuk kahwin!

Belah kiri, bunga jantan yg kite dah buang kelopak die.
Belah kanan, kite dah masukkan bunga jantan tu, dan ikat supaya takde serangga yg bertelur kat situ.
Nak elakkan serangga lalat buah.

Kalau berjaya, die akan terus membengkak.
Kalau gagal, die akan luruh.

Kite risau dgn semut. Banyak pulak semut kat bunga tu.
Apapun. Hopefully berjaya la dapatkan buah sulong labu manis.
hehehe..

2 comments:

Nana Aris said...

sedapnya masak lemak pucuk labu tu! ;agi sedap makan dengan sambal belacan n ikan masin..hehe. ko buat kenduri kahwin tak ajak pun ye..hehe

arnie said...

mmg sedap! hahahhaha.. kahwin tak buat kenduri babe. xde budget. hahaha..

Post a Comment

 
;