Monday, June 27, 2016

Resepi Laksa Johor Mak Kite

Al-maklum bulan puasa.
Bulan dimana kaum wanita belajar resepi baru. kan?
hehehee..

Selama ni balik johor, mak masakkan.
Aritu mak tak larat.
Jadi nak tak nak, kene lah belajar sendiri.

Bahan di blend:
3-4 ekor isi ikan kembung sederhana besar yg telah direbus (Isi sahaja).
1 cup cili giling
1 cup campuran kari ikan dan karing daging. Nisbah 2:1, jadikan 1 cawan tu je.
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cup udang kering yg dah direndam lembut.
2 batang serai yg dihiris nipis
2 inch halia
**Kite blend buat dua kali, sebab tak muat. mak biase blend semua.

Bahan lain yg perlu dicampak dalam periuk:
1 bunga kantan yg dibelah dua dan diketuk.
5 helai atau seikat daun kesom.
Santan kotak (separuh kotak je)
Asam keping (Last sekali)

Bahan Ulam (letak je apa yg ade):
Timun
Kacang Panjang
Daun selasih
Daun kunyit
Bunga kantan
Serai
Tauge

Sambal Belacan (kite buat sikit je):
1 lada merah yg besar
5 cili hijau/merah (merah lg bgs, tp kite ade yg hijau, boleh je sbb nk pedas)
Belacan yg dibakar
1 ulas Bawang merah.
1 ulas Bawang putih
** Tu je. tumbuk lumat. Perah limau kasturi. Marbeles.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tuang semua yg diblend tadi. Sampai pecah minyak.
2. Masukkan air, tengok kadar kepekatan and nak kuah byk mana. Blend tadi pun dah ada air. Tapi sbb nk lebih kuah, kita tambah lg air.
3. Masukkan bunga kantan, daun kesom dan santan sampai mendidih. Kacau selalu.
4. Dah mendidih, color dah cantik, masukkan asam keping.Kacau kejap dan tutup api.
5. Hidang dan dimakan dgn spageti yang dah direbus dgn minyak dan sedikit garam.






Boleh buat lagi. Heh.

2 comments:

Nana Aris said...

babe, limau tu kalau ko ptg arah bertentangan nanti lagi senang nak perah..sekian tips hari ini ;p

arnie said...

hahhaa... oo ye ke. baikk.. pasni aku buat. tq for the tips. (^_^)v

Post a Comment

 
;