Monday, July 25, 2016

Kacang Panjang Merah/Ungu

Aritu cite bendi merah kan.
Arini kacang panjang merah.
Yang kite tanam ni, lebih kpd kacang panjang ungu gelap.
Takde ye kat pasar-pasar.
Jadi nak rasa, tanam sendiri. huhuhu..

Kebaikan kacang panjang merah/ungu ni, bagus untuk mengelakkan atau mengurangkan sel kanser payudara bg wanita. Selain tu, kebaikan same mcm kacang panjang, antioksida yg baik n mcm2 la. Hee..

Tak pernah dengar? Tak pernah tengok?
Takpe.
Kite pun takkan tau kalau sendiri tak tanam. hehehe..

Beli benih dari tangan hijau. RM2 je sepeket.
Tapi tengok dah ramai org jual benih bendi n kacang merah ni.
Tanam mcm kacang panjang biase.
Kite pernah buat post cara tanam kacang panjang.
Cari je dari link situ.

 Ini pokok kacang panjangnye. Satu pokok je yang merah, 3 pokok lagi kacang panjang hijau. Ye, 4 pokok je dah cukup.

Kacang merah ni, bunganye color purple.
Kalau kacang hijau, bunganye color putih.



 Ini die kacang panjang merah.
Die tak sepanjang kacang panjang hijau ye.
Mungkin baka pendek sikit.
Merah gelap sikit kan.

Mula2 mmg kiteorg biar utk panjang, sekali die tua.
Barulah tau, panjang die segini je.

Ni lepas bibik masak tumis air. Merah die hilang, tinggal gelap2 tu.
Rasa die, agak rangup dari kacang panjang hijau.
Pun rasanye lain sikit dari kacang panjang hijau.
Sedap bila dimasak, kureng sikit kalau buat ulam.
Better masak.

Bagi kite, hijau lagi sedapla.
Mungkin sbb kite dah biase kan.
Atau bibik masak tak sedap. hahhahahaha...

Tapi still sedap jek, rangup-rangup gitu.
lagipun kite mmg hantu sayur. Hehehe..

No comments:

Post a Comment

 
;