Monday, August 1, 2016

Cara mudah tanam kucai

Kucai, antara benih yg sangat mencabar untuk ditanam.
Memang mudahnye kalau beli je dari pasar, n tanam mcm tanam serai kan.
Potong bawahnye, letak dalam air, bila keluar akar, baru tanam.
Tu pun boleh.

Tapi. ntah, kita nak jugak cuba dari benih.
Nak blaja la..

Tapi..
Belilah benih kucai jenama apa pun, takde jenama ke..
Memang gagal.
Mak kite try pun gagal.
Berpeket-peket.

Cuba pakai peat moss.
Dari penuh sepeket, yang hidup tak sampai 5 helai. adoi!.

Then. kite study sikit.
Rupanye benih kucai ni, asalnye dari cool season.
Jadi cara nak handle benih cool season ni, of course la kene sejuk, redup.

Paling senang?

1. Letak benih atas tisu. dan sembur dengan air (basahkan)
2. Masukkan dalam zipper beg atau bekas kedap udara.
3. Masukkan dalam peti sejuk (chiller) selama seminggu.

Hasilnye?
99 % semua benih bercambah!

Mase tu dah terkejut, takdelah kite nak sampai 100 pokok kan..
Jadi kite semai pun sikit, dalam 50 anak pokok.
Bagi-bagi kat orang je nanti.
Sebab kucai boleh ditanam dalam polibeg je.

 Nampak tak, semua berjaya tumbuh akar. Almost 99 %.

 Ni cara kite tanam kat tanah. Jangan dalam-dalam, sikit je mcm ni.

See.. Semua yg kite tanam tu, 99 % jugak bertunas dan bercambah.
Letak kat tempat redup jugak ye.

Yang ni kite dah letak die kat tempat panas.
Satu pokok tu pun dah bercabang.
Mase ni, die perlukan baja organik atau baja hijau untuk pembesaran.
Boleh alihkan supaya die ade ruang utk besar.

Now dah alihkan. Pasu yg atas ni, letak 3 pokok je.
Sebab akar die, menjalar n besar jugak tau.
Walaupun masih kurus. Hehhee..

Nanti kite update lagi bila dah beaar.

No comments:

Post a Comment

 
;