Tuesday, September 13, 2016

Eyya Garden September 2016

Ok.. since thesis pun dah selesai..
Kite mempunyai banyak masa untuk mengacau orang n meronggeng. hahahhaa..

Insyaallah kite join marathon nanti.
Zaimas la yg berjaya memujuk..
Adalah dekat 2 tahun die ajak. keh keh keh..

Update kebun dulu.
Jom!


 Hijau je semua kan. Lagi lepas hujan.
Sambil duduk kat buai, sambil pandang yg tak jemu-jemu.

 Bulan lepas tak naik lagi labu air and rock melon.
Sekarang hmm.. dah sampai kene cantas.
Baru bunga jantan yang keluar.

 Betik sekaki kite dah berbuah! Hoyeah!!

 Bayam malabar pun dah naik.
Awalnya, mmg lambat, tapi bila selalu hujan, besar pulak dia.
Berjiran la dia dengan kacang panjang batik pulak kali ni.
Atas tanah tu kacang tanah.

 Dari gambar boleh nampak tak, daunnya pun nmpak lembut.

 Yezza.. alleycats? serabut kan.. tapi sabar.. 
ni asparagus. Ade dlm 4 kotak polistrin. 
Dari 23/5/2016. Means dah dalam 4 bulan.
Nak tuai kene tunggu setahun. So, relaks je.

 Ni butternut squash yang kite tanam.
Bunga atas tu, bunga betina. Yang bawah tu, bunga jantan.
Pokoknya tak serimbun pumkin pun untuk dapatkan kedua-dua jenis bunga.
Ok. compare dengan pumpkin, baik korang tanam baka ni.
Sebab apa.
Cepat gila bunga betina dia keluar.

Pumpkin, kite tunggu dekat 2.5 - 3 bulan, baru bunga betina keluar.
Walaupun bunga jantan dah banyak keluar.
Tu pun, satu pokok, lebatnya bukan main, sampai keluar rumah bagai kan.
Berbeza dengan butternut squash ni..
Bunga betina keluar dulu baru bunga jantan!
And surprise nya, dalam mase sebulan setengah je!
Pokok pun tak perlu sebesar pumpkin. 

 Bunga betina die kat atas. Dah kembang dulu.
Esoknya baru bunga jantan. Takyah tunggu lama-lama.
Terus kite kahwinkan.

 Tadaa.. Ni arini punya. 
Ada 3 insyaallah yg jadi. 
Tapi banyak lagi bunganya.
Kali ni, kite letak 2 pokok. Sebab pokoknya tak sebesar pumpkin kan.
Bestla baka yang ni. Excited!

 Ok. keladini berumur sebulan. Kejap je besarnya kan.
Musim hujan.
Alhamdulillah, takyah nk g beli lagi kat pasar.
Daun kesum pun ade.
Bunga kantan je yg belum sudi nak keluar. huhuhu..

 Kite suke pelbagaikan jenis pokok kan..
Her name is Rosa Bianca Eggplant.
Italian Heirloom Species.
Still single. hahhaha..

Terung putih tu dah biasa tengokkan.
Belah kanan ni, patutnya Black beauty eggplant.
Tapi kembar pulak. Bentuk pun pelik.
Tunggu dia berbuah lagi, baru kita boleh kenalpasti identiti.
Ni gara-gara, semua tag nama dicabut oleh murai pink. sabo jela.

Kite ada tanam macam-macam lagi jenis terung.

 Sape yang tak kenal. Ni jejari keledek.
Kite beli keratan, and tanam mcm tanam kangkung.
Saja dah bosan dengan kangkung, kita try pulak pokok ni.
Sebab, rasa die lebih kurang dengan kangkung. 
Masak pun tumis boleh, sambal boleh, goreng belacan pun boleh.
Macam goreng kangkung. Sedap!

Ok. petang ni, kita boleh semai benih baru lagi.

2 comments:

monstorious wife said...

Best gila dah habis. Banyak masa tgk kebun. Akak pun suka tgk kebun arni. Tp akak suka tengok jeeee.. sbb sendiri malas nak bercucuk tanam. Hahaha

arnie said...

Mmg best dah abes kak.. hahahaa... kite dulu pun suke tengok je.. pastu sikit2, lama2, addicted. Hehehe

Post a Comment

 
;