Thursday, September 22, 2016

Tuaian hari ini - Red White Turnip dan Sayur keladi

Tengok keladi yang makin besar..
Tiba-tiba nak makan asam rebus.
Pergh! Mabeles sangat kan..

Then.. kite pun geram tengok turnip kite.. hehehe..
Ade dua biji dah boleh tuai. hehehe..

Then.. mari menuai.

Belah kanan.. tengok. dah besar kan.. tak letak baja pun.. die nak air banyak je.
Belah kiri.. cara kiteorg tuai. amik batangnye je untuk dimasak.
Nanti tumbuh balik kan.

 Dapatlah seikat.
Cukuplah kan untuk kiteorg sekeluarga makan.
Daun kesum pun ade. Terus boleh masak. Senang. Nak masak, petik.
Lagi segar berbanding kite beli kat pasar kan. Obviously.

 Today, i would like to introduce, red white turnip. 
Patutnya bentuk bulat, tapi sebab daunnya lebat sangat dan senget, bentuknya pun jadi senget. hahaha..

 Tak lama. Macam radish, turnip ni hanya sebulan setengah.
Memang ini saiz die.
Nampak sangat terlebih baja nitrogen, lebat daunnya. hahaha..

Isi dan daun boleh dimakan.
Isi die makan macam radish, tapi lembut dan tak sepahit radish.
Daun die tu boleh dimasak macam sawi.
Untung, sawi kiteorg pun baru habis dituai. Baru start semai semula. 
Jadi boleh guna daun turnip ni.

 Tadaa.. Yang tak dapat cahaya matahari akan jadi putih.
Yang dapat cahaya matahari, belah atas, akan jadi merah.. purple ekcelli kan.
Nama je kan. cool!

Isi keladi tu, potong bulat-bulat macam potong lobak putih.
Masukkan sekali dalam asam rebus.
Takde gambar. Lupa snap. Terus makan. Sedap!

No comments:

Post a Comment

 
;