Friday, September 23, 2016

Tuaian hari ini - Resepi Bayam Malabar Oyster Sauce

Tuai bayam malabar pulak.
Kejakunan.
Tak pernah makan.

Sambil google resepi.
Orang melayu kurang sikit makannya.
Chinese ramai la.
So.. kite masak ikut chinese food la.

Bahan-bahan:
- Bayam malabar (Bayam biasa pun boleh)
- Daging cincang
- Tofu lembut (digoreng dulu dan ketepikan)
- Cauliflower
- Cendawan (Kita ade shitake dengan enoki)

Bahan tumis:
Bawang putih + cili

** Ini resepi kite jugak eh, modified. sesuka hati nak letak cili ke tak.. and sayur side tu pun, sesuka hati.. tak nak cendawan pun boleh.. or nak letak lobak pun boleh. ape yg ade la.

 Tuaian hari ini. Bayam Malabar.

Bahan-bahannya:



Cara memasak:
1. Goreng dulu tauhu lembut tu, dan asingkan.
2. Tumis bawang putih + cili.
3. Masukkan daging cincang, bila dah half-cook, masukkan air setengah cawan.
4. Masukkan oyster sauce + garam + fish oil.
5. Baru masukkan segala sayur. Tutup kuali kejap.
6. Jangan lama sangat, nanti berlendir. kalau tak nak masukkan batang die pun takpe. Sampai masak ye. Dah agak lembut semua, okla tu.
7. Masukkan tauhu lembut + black pepper + minyak bijan sikit (optional). Kacau perlahan kejap je, tutup api.
8. Sila hidang.


 Siap untuk dimakan.

Kesimpulan: 
Setelah bermesyuarat sinki dapur dengan kak yem.
Sebulat suara.
Kite akan mencabut bayam malabar tersebut.
Ganti dengan pokok lain. hahahahhahaa...

No comments:

Post a Comment

 
;