Thursday, October 6, 2016

Supplement anak

Ada member tanye.
Anak ko amik supplement tak?
Macam2 ada dijual kan..

Lepas study sikit.
Pastu dah try almost 2 tahun.
Barulah kite boleh cite kan...

Kite pilih dua benda ni... as supplement terbaik untuk anak-anak kite.

1. Air Saffron
2. Madu

Setiap hari. Pagi and petang (sebelum tidur).

Hasilnya. Anak-anak kita, alhamdulillah, sangat jarang sakit.
Jarang demam, batuk, selsema.
Kalau sakit pun, tak sampai seminggu. Cepat baik.


Anak paling selalu sakit ialah Amie.
Pernah seminggu berturut kene amik gas.
Sebab batuk kahak die tak baik2.
Setiap bulan, never fail, terpaksa ulang alik ke klinik or az-zahrah.
Demam. Batuk. Selsema. and penyakit2 lain.
Pernah tu, sebulan batuk tak baik.
And die pulang yang paling kurang susu badan.
Jadi fahamlah betapa kurangnya antibodi die.

Jadi bila faheem lahir.
Kite gigih bagi die breastfeed 2 tahun.
Alhamdulillah, die pun kurang sakit.
Amik gas pun sekali je kalau tak silap.

Fateha lahir..
Terus kita rasa nak bagi supplement selain breastfeed je kan.
Jumpalah dua benda ni.

 Kalau nak beli air saffron siap mcm air mineral, mmg mahal la.
Jadi. Nak jimat and untuk kegunaan harian.
Baik beli saffronnya. Sekotak RM25 untuk 1 gram.
Untuk makluman, saffron merupakan herba paling mahal kat dunia ye.
Orang arab guna untuk letak dalam masakan.

Tapi.. kite guna sikit-sikit je.
5, 6 helai je, masukkan dalam botol air mineral 500 ml atau apa-apa botol air.
20 min je, kuning la warnanya.
Biase kite buat malam, esok pagi dah kuning.
Ni pun.. walau 1 gram, bertahan ye dalam 2 tahun.

 Ni airnya. Sebenarnye kuning lagi.
Gambar tak bape jelas.
Tapi mmg tak buat pekat-pekat.
Yellow light je dah oke.

 Ini pulak madu pilihan kita and anak-anak.
Sekarang kite dah beli yg bekas besar dlm RM60.
Madu lain mcm madu asli, anak-anak tak nak.
Tapi.. madu ni mmg sedap. hehehe..

Sesudu je pagi dan petang. Bukan banyak pun kan.
Gambar ni dah lama. Amie. Faheem. Teya.
Muka teya pun mase die baru setahun lebih.
Madu mmg baik diberi untuk kanak-kanak setahun ke atas je ye.

Nak cite pasal riwayat dari saidina ali, kite tak berani.
Sebab tak tau benar atau palsu.
Tak tau dari kitab mana.
Tak rajin pulak nak beli kitab die and study bagai. huhuhu..
Tapi dari scientificnya pun both mmg excellent untuk kesihatan dan kuat daya ingatan.

No comments:

Post a Comment

 
;