Tuesday, February 16, 2016 0 comments

Cara tanam kacang panjang menjalar di rumah

ok.. bulan ni bulan berkebun.
pagi n ptg kebun.
siang malam writing.
weekend, kebun n study.
best! kurang stress.

ok. ni kite nk cite cmne nk tanam kacang panjang di rumah.

kawasan yg terhad.
jadi kene buat trellis atau pancang menegak.
untuk jimat ruang dan tanah.

mulanya, buat sendiri. pastu en.suami tolong kukuhkan. hehehe...

Sedikit Info tentang Kacang Panjang:
1. Semai: Tak perlu peat moss, senang, 3, 4 hari dah bercambah..
2. Alih ke tanah: Tunggu 4 helai daun sebenar dlm 2 mggu jgk tu. Tinggi tau. Jangan bandingkan dgn sawi pulak. Tunggu je sampai 4 daun sebenar atau besar sikit utk dialih.

3. Berbunga: 30 hingga 45 hari. Bunga. yeahh.. pastu berbuah lah dgn lebatnye.
4. Jangka hayat:  40 hari hingga 60 hari (sebulan setengah ke 2 bulan sahaja) Kejap je kan. huhuhu..

5. Tips Penjagaan: Jangan bagi daun terlalu lebat. Rajinkan cantas tunas2 pokok yg tumbuh. dan jangan biar daun lama matang, akan pendekkan atau cepatkan lagi jangka hayat kacang panjang anda. Kita tak nak die mabuk daun, buang tunas air, buah yg lebat sebagai ganti. takyah baja pun. best!

6. Baja: 
    Semasa alih: Jangan letak baja.
    Hari ke-2: Baja NPK Hijau 15:15:15
    Seminggu sekali (dalam 3 mggu): Baja Tinja Ayam + Baja NPK. (Baja tinja sahaja tak mencukupi, kalau tak nak guna NPK, boleh tambah baja yg lebih Nitrogen untuk pembesaran pokok dan daun)
    Minggu ke-empat dan kelima: Baja organik bunga atau NPK merah.
    Minggu seterusnya: Baja buah urea (putih) atau NPK Biru diselang seli dengan Tinja Ayam.
* Baja ditanam sekeliling pokok dan jauh sikit dari batang dan akar.

Lepas galak berbuah, saya tak letak baja pun. Sebab terlalu banyak kacang nye. hahahhaa.. 

IMPORTANT: Beza Baja Kimia NPK dengan Racun 
*** First, Baja kimia dan racun adalah dua perkara berbeza ye.
Kalau takut sgt dgn kimia, by the way, garam yg kite makan hari2 tu pun sebatian kimia NaCl.
Kimia yg bertoksin dan berlebihan berbahaya.
Yang saya pentingkan adalah, jauhi segala jenis racun serangga kimia. 
Itu directly ke pokok dan daun.
Sedangkan akar pokok hanya menyerap nutrien yg diperlukan sahaja dari baja yg kita tanam.  
Kesan buruk baja kimia terhadap tanah, bukan pokok. Oke. Faham ye.


Sebelum ni, trellis ni utk kacang botol, dekat 6 bulan jgk sblm kite matikan sbb trellis nye patah oke. reput dr dalam. nak kayu murah sangat, beli kayu penyapu tu. hampeh! tu yg terpaksa kite beli PVC (lagi murah, tp ikat sekali dgn kayu sebab pokok tak memanjat di PVC ye). So, ni en.suami tolong ikat n kukuhkan.

Tinggi trellis tu, dari tanah ke atas bhgn kayu palang melintang tu, dalam 6 kaki je. Ingat lepas ni, nak ubah, sebab banyak sangat ruang yang diambil. Lagipun, kite dah pandai sangkut ke pagar kan. hehehe..

Selepaas semai benih, kite tunggu pokok tinggi dlm sejengkal setengah, tinggi jgk (sbb nk tggu trellis siap) sebelum di alih. Tak lama, pokok terus memanjat ke atas, gambar atas ni dlm smmgu stgh setelah di alih pada 4 Disember 2015.

Sebab penuh sangat kat trellis, kite pun hangingkan die kat pagar tu. kesian tengok pucuk2 yang terkapai-kapai minta dipaut. hehehehe.. Masa ni dah seminggu berbunga dan berbuah sikit. 10 Jan 2016.


Cantik pulak bila letak kat pagar. Kite boleh skodeng orang luar tanpa dieorg perasan. hahhahaa...
Ini adalah antara waktu kemuncak kacang ini berbuah ye. Luar dan Dalam. Pokok dah berusia 30 hari masa ni. Happy amie, faheem n eyya petik kacang. siap berebut, merajuk kalau tak dapat. untung berbuah hari2.. adehh... 1 Febuari 2016. Pokok dah berbuah selama 4 minggu (sebulan).

Tak dapat amik gambar semua kacang yg kite petik. Kadang2 petik terus bagi kat jiran-jiran. Nikmat dikongsi bersama. hehehe.. Aritu bibik siap timbang pakai penimbang nk buat kek, setiap kali petik, dpt segenggam mcm kat gambar.. Dalam 300 gram - 500 gram setiap 3 hari. Puas hati sangat!

Oke. Ni 12 Febuari. Daun dah mula kuning dan gugur. buah pun dah makin kurang sebab jangka hayat die pendek je kan. Lagipun dah lama jugak tak letak baja. hehehe.. Jangka hayat pokok dah hampir sebulan setengah.. paling lama pun 2 bulan je kan.. sebab masih berbuah, kite tunggu jela sehingga titisan terakhir.


 Updated eyya garden.. tapi kite dalam penambah baik dan perluasan ruang untuk lebih banyak dimanfaat. dan kite dah mula semai benih bunga. ni gara-gara banyak sangat penyakit, so companion plants atau kawalan biologi semulajadi salah satu penawarnya. cewahh.. gigih tau kite study.. eh!

Ok bai.

updated.

 Ni setelah 3 bulan. Dah sgt kering. Buah pun dah sikit. Then.. kiteorg dah togelkan. Tengah semai kacang botor pulak.
Saturday, February 6, 2016 4 comments

Debaran

Debar.. cemas..
Tido tak lena. mandi tak tak basah. badan tetap gemoks! hahahhaa..

Sane sini..
dah viva..
dah submit..
oh my!!!

aku masih stuck kat chapter 3..
chapter 1 tak tulis lagi tau.. maybe last sekali..
sbb x susah sgt kan..
yg plg leceh chapter 2. kat situ plg lama.

now masuk n edit chapte 3.
fuhhh..
berdebar2.. especially bile dengar org dah viva..
dah submit thesis.. aku?
dapat la penyakit anxiety. serius babe. huhuhuhu...

ok bai. sambung writing.
 
;