Monday, June 27, 2016 2 comments

Resepi Laksa Johor Mak Kite

Al-maklum bulan puasa.
Bulan dimana kaum wanita belajar resepi baru. kan?
hehehee..

Selama ni balik johor, mak masakkan.
Aritu mak tak larat.
Jadi nak tak nak, kene lah belajar sendiri.

Bahan di blend:
3-4 ekor isi ikan kembung sederhana besar yg telah direbus (Isi sahaja).
1 cup cili giling
1 cup campuran kari ikan dan karing daging. Nisbah 2:1, jadikan 1 cawan tu je.
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cup udang kering yg dah direndam lembut.
2 batang serai yg dihiris nipis
2 inch halia
**Kite blend buat dua kali, sebab tak muat. mak biase blend semua.

Bahan lain yg perlu dicampak dalam periuk:
1 bunga kantan yg dibelah dua dan diketuk.
5 helai atau seikat daun kesom.
Santan kotak (separuh kotak je)
Asam keping (Last sekali)

Bahan Ulam (letak je apa yg ade):
Timun
Kacang Panjang
Daun selasih
Daun kunyit
Bunga kantan
Serai
Tauge

Sambal Belacan (kite buat sikit je):
1 lada merah yg besar
5 cili hijau/merah (merah lg bgs, tp kite ade yg hijau, boleh je sbb nk pedas)
Belacan yg dibakar
1 ulas Bawang merah.
1 ulas Bawang putih
** Tu je. tumbuk lumat. Perah limau kasturi. Marbeles.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tuang semua yg diblend tadi. Sampai pecah minyak.
2. Masukkan air, tengok kadar kepekatan and nak kuah byk mana. Blend tadi pun dah ada air. Tapi sbb nk lebih kuah, kita tambah lg air.
3. Masukkan bunga kantan, daun kesom dan santan sampai mendidih. Kacau selalu.
4. Dah mendidih, color dah cantik, masukkan asam keping.Kacau kejap dan tutup api.
5. Hidang dan dimakan dgn spageti yang dah direbus dgn minyak dan sedikit garam.






Boleh buat lagi. Heh.
Friday, June 24, 2016 1 comments

Progress Labu Manis Sulong

Ok. since thesis dah submit.
Jadi byklah masa lapang di kebun.
Hari-hari dok belek. hahaha..
Dan akan banyaklah post kite pasal hobi yg ini. huhuhu..

Nak cite pasal labu manis kite aritu.
Pun smlm k.ilot baru je sebut. Hehehe..
Jujur kite jakun. hahaha..
Sekali mak cakap, eh, kan dulu mak ade tanam blkg rumah. Sonyap.
Ade eh. hehehe.. tak hingat.

Progress yg sgt menakjubkan.
Baja tahi ayam 3 mggu sekali.
Seminggu sekali, sembur baja AB.
Semalam 3 bunga betina berjaya dikahwinkan.

Tapi kite cerita buah sulong yg kite kahwinkan aritu ye.

 
Terkejut kan.. Dari hari pertama berjaya dikahwinkan.. Yang besar tu dlm masa 10 hari je. Dah berat, aritu nak balut pun, dah kene pakai 4,5 daun. Sebab makin besar.


Ni contoh kiteorg balut labu manis, guna daun labu tu sendiri je. Bibik yg ajar. die buat gini lah kat sane. Ni mase labu tu kecik lagi. Skrg, mmg tak cukup daun nk balut. 

Balut sebab takut kene kacau dgn tikus. Semata-mata teringat pepatah, bagai tikus membaiki labu.
Tapi tak pasti, tikus makan labu ke. hahaha..

I
Ni gambar arini. 25 hb. Tadi timbang dah 1.5kg!
Kat giant RM3.99 sekilo.
So kalau berat 1.5kg, dlm RM6 hinggit la.

En.suami asyik tanye je, bila boleh amik. 
Bibik tak sabo nk masak pengat labu.
Kite biase masak lemak dgn cekur manis tu jela. Hee..

Ni another 3 bunga betina yg kita baru kahwinkan semalam.
Dua tu hanging la pulak kan. 
Nanti kite sampul guna jaring timun, sangkut labu tu kat pagar n kayu tu.

Bibik kate, biar je sampai semua daun jd kuning tua, baru tuai.
So mmg lama lagi lah. Agaknye jela kan. Hehehe..
Ok bai.
Thursday, June 23, 2016 2 comments

Eyya Garden June 2016

Jom tengok kebun kite bulan ni.
hehehhee..

bulan puasa ni.. kite mmg tak byk semai pokok baru.
semua tunggu hasil n buah je.
ade la sikit2 yg kite semai sebelum raya..
mcm capsicum, pelbagai jenis terung, cili.. standard punye la.

dah cakap kat auntie india..
tolong siram pokok mase kiteorg raya. hehehe..
cuti seminggu tu..

Depan ni cili. Cili jambak, cili pelangi dan cili vietnam. Yang dalam pasu mcm kailan tu, bukan kailan. tapi kobis bulat dan kobis bunga.
Hijau je kan semua. hehehe..

Raised bed byk kosong. Sebab takut mati masa kite takde walau dah minta tolong jiran.

Sawi biase je.. Senang n cepat je hidup n besar. Tu pun jiran dah dtg and amik. Nak buat sayur untuk mee goreng gitu.

Ni kite letak 4 jenis bayam. Tapi rasa mcm 3 bayam je yg akan hidup. Anak-anak lagi. Kangkung dah dicabut keluar, sebab menjalar tak hingat.

Yang ni kawasan ulam. Pokok gajus, tenggek burung, belalai gajah, sweet basil, ulam raja and kacang botol yang belum berbotol. muahaha.


Terung putih kite dah berbuah. Pun makin byk bunganya. Banyak-banyak terung kite semai, dua je yg ada. Auntie tu amik 2 pokok. Yang lain ntah ke mana. huhuhu..


Cili dan bendi merah. Dua-dua dah berbuah. Bendi ni tak besar mcm bendi clemsonless yg kite tanam sblm ni. Kurus dan panjang biase je.

Trellis dah diambil alih oleh sayur petola sebab labu air mati. Nanti kite nk semai semula labu air, lepas raya.

 
Kacang panjang yg ditanam sekali dgn kailan. Kailan, sawi, swiss chard, sayuran berdaun ni, jimat sbb mudah gemok dgn baja tahi ayam je. Pokok lain, ade yg kene extra baja daun la, baja bunga la, or baja buah. 

Tapi kailan mmg akan lambat besar berbanding sawi. Kalau sawi sebulan ke sebulan setengah, kailan dekat 2 bln stgh ke atas baru besar.

Disebabkan pokok labu, kite dpt byk serangan kumbang color oren. habis lubang2 daun. Tapi kalau semua daun berlubang, mmg matilah pokok mcm pokok honeydew kite.

Then. Kite selang seli sembur guna neem oil dan baja serangga organik, yg kite beli dr tangan hijau, DR 3. So far, kurang sikit serangan serangga ni.
Disebabkan semburan organik, jadi kekerapan semburan tu perlu. 
Seminggu dekat 3, 4 hari jugak sebab byk sgt.

Semburan dan siraman baja, kite pakai baja AB, fish meal (beli dari semua menjadi) dan teh kompos (beli dari tanamsendiri.com).
Kite guna baja kimia jika perlu sahaja especially untuk besarkan pokok. Tu pun lepas dpt baja-baja organik ni, kite dah makin kurang guna baja kimia yg merosakkan tanah. huhuhu...
Tapi keburukan bila semua organik, larva suke sgt bertelur kat tanah organik. hahahhaha..
Biase ni manually je. Sambil gemburkan tanah, kalau jumpe kite lenyek. wachaa! 


Wednesday, June 8, 2016 2 comments

First time kahwinkan labu manis

Yezza..
Setelah 3 bulan dari semai labu manis (pumpkin)..
Keluar jugak bunga betina..

Mase 2 bulan 1 minggu, dah banyak bunga jantan keluar..
Tapi bunga betina tak muncul2..
Sampai 3 org cakap, labu ni, labu jantan.
ala. mcm pokok betik.
tp sbnrnye tidak ye.
pokok labu tetap akan ade bunga jantan dan betina.
cuma bunga betina mmg akan lambat keluar.
mcm pokok timun jugakla..
biase bunga betina muncul selepas dua minggu bunga jantan berpesta. hahahaha..

ok. kite mmg x pernah tengok pokok labu.
even google pun.. kite tgk gambar ladang.
jadi kite expect, mestilah banyak pokok kan..
bila tanam sendiri.. satu pokok je pun. mak datok. bapak besar!

5/4/2016. Ade hati tanam kat pasu kicik.

1/5/2016. Selepas sebulan dari gambar atas. Ade hati boleh share tempat dgn kacang botor.

23/5/2016. Ingat takat ni jela kan.

9/6/2016. Pagi ni. Tu pun, kiteorg dah pangkas bunga2 yg dah tua, matang dan kekuningan. Sebab tu bhgn bawah tu lompong2.

9/6/2016. Labu manis mengamuk! hahahhaa.. Ni dari luar. dah tak boleh amik gambar dr side kanan. Daunnye besar-besar. Kite suka tengok sebab cantik. 

Antara kejakunan kite lagi adalah, baru tau pucuk labu ni, sangat sedap dimasak lemak.
Bibik kate, kat sana, die selalu tanam. Jadi die taulah.
Cuma betul-betul kene siang pucuknye, daunnye kene ramas untuk buang bulu-bulu kat permukaan daun dan batang pucuk tu.
Celur sekejap sebelum dimasak lemak.

Aritu.. ayah datang. die kan org kampung. sajelah kite masakkan pucuk labu masak lemak ni.
Bertambah-tambah pinggan!
die kate dah bertahun x makan.
yela.. mana ade org jual pucuk labu ni.
kite x pernah nampak pun. atau kite jela yg xtau tu pucuk labu. hahahhaha..

Untuk kongsi ilmu. Ni bunga jantan. Belah atas, putik bunga jantan. bawah, bunga jantan.

Ni bunga betina. Belah kiri, putik bunga betina. Die kembung tak mcm putik bunga jantan. Sebelah die ni, bunga betina yg dah nak kembang. Bawah kelopak ade bentuk labu. Ni gambar semalam. Dari gambar ni, satu hari je, dah kembang ye.

Tadaaa... belah kiri ni lah bunga betina yg kat atas sebelah kanan. Pagi ni, tergerak hati nak tengok (ingat lama lagi nk kembang), tadaa... dah kembang! 

Perbezaan bunga jantan dan bunga betina untuk labu manis.
Kiri betina, ade bentuk bulat mcm labu kat bawah kelopak die. Kanan jantan, kosong je kan bawah kelopak bunga tu.

Masa untuk kahwin!

Belah kiri, bunga jantan yg kite dah buang kelopak die.
Belah kanan, kite dah masukkan bunga jantan tu, dan ikat supaya takde serangga yg bertelur kat situ.
Nak elakkan serangga lalat buah.

Kalau berjaya, die akan terus membengkak.
Kalau gagal, die akan luruh.

Kite risau dgn semut. Banyak pulak semut kat bunga tu.
Apapun. Hopefully berjaya la dapatkan buah sulong labu manis.
hehehe..
0 comments

Me before you

Selamat berpuasa semua!
arini kite masak mee kari.
dah siap masak.

2-3 minggu ni memang sibuk.
Kejar masa. sebab prof, kedua2 sv kite, g london arini.
2 mggu. tiap tahun, tiap kali bulan puasa.
hah, memang romantik dieorg berdua kan. keh keh keh.

main sv kite skrg ni, ex-student kpd co-sv kite.
geng2 photonic.

Alhamdulillah.
1 ramadhan tu. prof dah siap check n sent balik keenam2 chapter termasuk abstract.

Semalam gigih kejar dua2 prof sbb nak mntak sign..
untuk borang submit thesis..
padahal, print pun belum. hahaha..

so.. tinggal format.. turnitin kene 20% ke bawah utk avoid plagiarism..
insyaallah.. kalau siap semua. lusa, jumaat ni hantar binding.

pastu tunggu surat dr fakulti, kebenaran untuk submit.
tak pasti bila dapat.
tapi prof suruh je hantar, xyah tunggu die balik. hehehe..

berdebar.. sapelah examiner. rule kat um, dua local, sorang international. 
prof yg pilih semua tu.
tu untung pilih sv cable besar. huhuhu..

sebusy tu, sementara tunggu co-sv 4 jam habis meeting..
sempatlah kite g wayang.
tiket murah la sebab sebelum pukul 12 pm kan. 8 hinggit je.

so..
for those who fan not typical romance movie such as
PS, i love you.. the faults in our stars.. love, rosie..
advisable to watch this movie too.
and don't expect too much for the ending.
i rate about 8/10.

mungkin sedikit mengelat sebab kite mmg fan of sam claflin yg hensem tu. muahahaha..


Mula-mula banyak adegan yg kelakar..
dengar la semua org ketawa. ramai pompuan je pun.. 
lelaki spesis yg kene paksa dgn awek. hahhaa..

pastu.. last..
heh. siap teresak. termasuk yg penulis ni. muahahaha..
just live boldly.


 
I will buy this book!. heh!
oh, pelakon dlm harry potter.. Neville Longbottom pun ade!
part die lawak jugak. hahahaha..

ok bai.
 
;