Sunday, March 12, 2017

Pertama kali mendaki Gunung Kinabalu

Pengalaman pertama gitu.. hihihi..
Sebab insyaallah.. akan ada yang kedua dan seterusnya..

Memang lama sangat impian nak ke Gunung Kinabalu ni..
Dari umur 16 tahun.. Form 4..
Satu hari, balik sekolah, angah cerita..
Cikgu pendidikan jasmani (PJ) kiteorang..
Cikgu Juanita, baru balik dari kinabalu..
And dia cerita pengalaman tu kat kelas angah..
Then masa angah cerita tu.. berbaur rasanya.. kagum yang amat..
And dalam hati, one day, aku akan pergi.
17 tahun yang lalu.

Then.. masa kita abes viva..
Terus mencari balik diri sendiri..
Impian and cita-cita yang dipendamkan or dilupakan..
Nampak pulak geng Koyak Outdoor di facebook.
Tanpa berfikir, terus register.
Pakej paling murah siap return tiket Kota Kinabalu, hanya RM1099.
Pakej 3 hari 2 malam, termasuk penginapan and makan 3 kali kat Laban Rata.

Kite pergi 18-20 Febuari 2017.
19hb baru start mendaki. Bermalam di Laban Rata.
20hb, 2.30 pagi ke puncak kinabalu.. and turun.. malam tu pulang ke KL.

Ok...
Cerita dengan gambar.
Disebabkan kite malas nak pecahkan part by part..
So.. semua gambar and cerita dalam post ni sahaja ye. hehehe..

Group 1 and Group 2.. Group 3 dah berlepas ke KK. So total kami 15 orang.

Belakang ketua kiteorang.. Memang otai hiking. Turun kinabalu pun berlari oke. Dengan bawak beg besar die tu. Nak cop passport sempat lagi bergambo kan.. Nampak beg bukan main besoo.. depan belakang. Depan tu kosong je sebenarnye. Ingat nk shopping. Sekali tak sempat. Heh.

Ok. Ni peta kinabalu. 8.5 km je. Sebab tu memang bagus berlatih kat Nuang. Sebab 6 km yang pertama, macam perjalanan Nuang dari gate ke Kem pacat.

Bagusnye kat Kinabalu ni, ada 7 shelter termasuk Layang-layang Hut.
Setiap perhentian, boleh topup air gunung, sebab tu kiteorg bawak air 1.5 L je.
And ada bilik air.
Tapi takde lah ko nak berenti kat setiap shelter kan.
Setakat 1-2 km.. Jalan jela. Pelan-pelan.

Kami! 15 orang.. Setiap 5 orang perlu ada seorang mountain guide.
Jadi kami ada 3 mountain guide.
Nampak pintu gerbang Selamat Mendaki.
Ni jalan kami dari Timpohon Gate.

Azabnya adalah.. Ya Ampunnn... Banyak gila tangga...
Seriously memang kite risau injured masa Nuang pertama dulu..
Kat lutut.. Masa nak turun esoknya. Selangkah selangkah je.. Tak mampu nak laju.

Tips nye.. Berjalan je.
Perlahan.. Tak perlu berhenti lama sangat. Minum air, makan coklat..
Teruskan perjalanan.. Amiklah gambo kejap2..
Yup, memang kite ada masanye berjalan sorang-sorang..
Sebab takut berhenti lama.. kita yang akan menyusahkan orang lain. huhuhu..

Tangga lagi babe.

Ni last belukar sebab dah nak sampai laban rata..

Ni sebelum sampai ke laban rata.. Pokok bonsai sudaa.. Cantik kan.. Sini dah mula sejuk.

Kami bertiga sampai dulu. Dua orang ni memang laju. Pergh! 
Berlatar belakang kan kiteorang punye hostel.
Lemaian Hut.
Air dia.. macam ko mandi ais!
Terketaq nak mandi and amik air semayang. Boleh tayamum tak? hahahaha..

Tips:
Tak payah bawak sleeping bag, sebab mmg ada selimut tebal.
Jangan beratkan beg. Kite upah porter untuk bawak baju yang kat atas and winter coat. 
RM52 untuk 4kg, naik dan turun. Kiranya 1kg = RM13.
Sebab kite tak shopping sangat, duit mmg tak guna buat apa pun. 
Makan pun bukannya mahal sangat pun kan.
Tapi winter jacket tu. sila lah bawak. mmg sejuk yg amat.
Kite bawak 2 jenis gloves, normal gloves masa kat bawah.. gloves tebal kat atas.
Hiking pole sewa je. Bukan boleh bawak naik flight pun. RM10 je.

Makan time. Dinner pukul 4.30 pm ye. Awal kan. Sini gelap pun awal.
Supper pukul 2 pagi.. Sebelum pendakian kami ke puncak.
Breakfast, masa kami turun dari puncak.. pukul 10 pagi.
 Ada yang lambat turun, tak sempat breakfast, so budak-budak ni bungkuskan la.

Tak tau makan bape round. Memang lapar. Banyakkan makan protein, daging..

**Sila bawak altitude sickness medicine.. Takde, sila bawak panadol.
Ada di antara kiteorg sakit kepala sebab altitude sickness.. ada yang nak demam..
Kalau demam saki, korang tak dibenarkan naik ke puncak ye.
Beli Acti-Fast terus kalau tak ada.
And.. Ubat muscle.. macam yokok-yoko ke..
Nak releasekan kaki yang cramp.
Tu pentingnya korang training tangga and bukit.

 Lepas dinner.. Ada sunset.. Here.. Sunset's Love from me!
 
Inilah Laban Rata. Memang ada tanah lapang.
Pondok-pondok tu hostel, cafe and lain-lain la..
Atas tu puncak. 

Pukul 2.30 pagi. Sejuk mengigil. Tido pun pakai winter coat and gloves.
Kene start mendaki.
Dah la makin tinggi altitude, makin susah bernafas kan.
Sudahnya, panas giler masa mendaki, sebab tangganya.. 
macam lagi azab dari sebelumnya.
bagi kite la.. 2.5 km ni, lagi susah dari 6 km sebelumnya.
and memang ada part bahaya, yang kene pegang tali bagai.
Penting beli headlamp yang terang. Seriously.

Kiteorang kene sampai ke satu check point dulu.
Dipanggil Sayat-sayat. Kene sampai sini sebelum pukul 5 pagi.
Alhamdulillah. Geng kami, semuanya berjaya sampai ke puncak.
Biar lambat pun.. sampai jugak la..
Memang ada yang putus asa. Tapi geng and ketua kumpulan memainkan peranan..
Puncak dah depan mata. Mental memang kene kuat.

Kite sampai dalam pukul 5.15 am. 
Macam biase.. sorang-sorang.
Masa ni matahari dah naik.. baru nampak nak amik gambar.
Belakang tu, monkey peak. Ada rupa beruk kan? bukan yang depan k. haiyah!

Awan karpet.. dgn summit trail..
Masih kesejukan.
Glove kejap je bukan nak amik gambar, pastu pakai balik.
Semua kejung. -2 degree. 
Tunggu giliran nak bergambo kat signboard.

Malangnya. gambar seorang tak cantik.
Ni gambar group siap pegang banner college kite keje. Sporting sangat dieorg.
Tiba2 jadi student and staf college. Hahahaha.. comel jek.

Spoiler.
Sibuk mountain guide kiteorang jerit suruh turun.
Punya lah lama tunggu turn. Snap dua tiga suruh turun?
Die ingat kite datang sini senang ke.. Sikit ke guna duit? Senang ke nak dapat ke puncak lagi?
Nak jugak gambar sorang kan.. after group. untuk diri sendiri.
Tapi gambar sorang spoil sbb muka kite stress.. tudung senget. gambar kelam kabut.
Bukan lama sangat pun. Agak-agaklah kan.

Ok. dah panas sikit.. Small love from the Low's Peak of Kinabalu. 
Dengan hati kecewa.. turun jela kan..

But still.. great picture from summit trail.. low's peak.

  
Die buli akak dieorang yang sorang ni..
Tak perasan ada tanduk kat tempat yang superb cantik ini..
Ini wishing lake kat atas tu.

Ada sabahan bagi rasa. Berry liar. Boleh makan. 

And.. kite share.. amazing picture there ye.




 
Ok... and akhirnya..
Kami pulang juga.. Selamat sampai ke KL.

Ini souvenir yang kite bawak balik ye.
Pas Hiker yang kene pakai sentiasa.. 
Pingat tu kene beli, RM25 untuk yang berjaya sampai ke low's peak sahaja dibenarkan beli. 
Gigih beli babe. Bukan selalu. First time pulak tuh.
And certificate. Sape yang tak sampai peak, dieorg dapat hitam putih. Lawak kan.

Alhamdulillah.
One of my bucket list is checked.

Masa ni.. en.suami tak ikut.
masa kite register pun.. memang kite tak ajak die.
sebab mase tu.. kalau ajak, memang die takkan ikut.
cume.. lepas tu.. nak ikut, tapi dah penuh.
so.. insyallah.. akan ada second trip.
ada rezeki, boleh g sama-sama..
atau carik gunung lain pulak.

Jujurnya. Nuang lagi kejam!

2 comments:

monstorious wife said...

wow...kagumnya...akak mmg x la hiking. x minat. gambar kat wishing lake tu chantik sgt siap ada reflection.

mama eyya said...

hehehe.. kite pun nak kate minat, tak jugak.. tp mmg sbb misi nk aktifkan diri.. and suke nature.. so.. boleh la choose hiking.. ekcelli, suke travel, tp duit la pulak kan.. huhuhu...

haah kak.. cantik dieorg amik gambar. siap reflection.

Post a Comment

 
;